Majlis Berbuka Puasa Jalin Hubungan Mesra ISMA dan Masyarakat

PAYA RUMPUT, Melaka – 2 Sep 2009: Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh Perdana anjuran Ikatan Muslimin (ISMA) cawangan Melaka dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan Masjid Paya Rumput berjalan dengan penuh meriah dan gilang-gemilang bertempat di Masjid Paya Rumput. Bilangan peserta yang mencecah 150 orang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat terdiri daripada ahli ISMA, PEMBINA, para sukarelawan serta masyarakat setempat. Lebih manis, program ini turut disertai ADUN Paya Rumput, YB Datuk Tahir Bin Hassan.

Iftar Perdana 1430 - 7

Objektif program ini antara lain adalah untuk menghidupkan bulan penuh berkat, Ramadhan Al-Mubarak disamping mendekati dan beramah mesra dengan masyarakat sekitar kawasan Paya Rumput. Majlis bermula seawal jam 6:30 petang dengan sedikit pameran dan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Yang DiPertua ISMA Melaka, Al-Fadhil Ustaz Ahmad Bin Zainal Abidin. Sejurus masuk waktu Solat Maghrib, para peserta dijamu dengan buah kurma, kuih muih dan air buat mengalas perut sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Seterusnya majlis diteruskan dengan jamuan berbuka puasa menu utama iaitu nasi minyak beserta pelbagai lauk pauk yang menyelerakan. Para peserta menjamu selera sambil berkenalan dan beramah mesra sehingga berkumandangnya azan Solat Isyak.


Kemudian Solat Isyak mengambil tempat, diikuti dengan Solat Tarawikh dan Witir. Majlis diteruskan dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh wakil Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka. Para jemputan khas dan peserta seterusnya dijamukan dengan sedikit moreh sebelum majlis berakhir dengan jayanya kira-kira jam 11:30 malam.


Rata-rata peserta amat berpuas hati dengan penganjuran dan perjalanan majlis ini dan mengharapkan kerjasama antara ISMA Melaka dengan pihak masjid dapat diteruskan pada masa-masa akan datang demi merealisasiakan harapan untuk membangunkan masyarakat ke arah penghayatan dan pengamalan Islam yang menyeluruh dan bersepadu.


Majulah ISMA demi agama.


Sekian, wassalam.

Dilaporkan oleh,
Mohamad Lukman al-Hakim Bin Mohamad,
Pengarah,
Iftar Perdana 1430H.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: