Iktikaf Perdana Galak Masyarakat Hidupkan 10 Malam Terakhir

BALAI PANJANG, Melaka  – 13 September 2009: Program Iktikaf Ramadhan 1430H anjuran Ikatan Muslimin (ISMA) cawangan Melaka dengan kerjasama Masjid Tambak Balai Panjang telah berlangsung dengan jayanya. Bilangan peserta seramai 30 orang telahpun hadir dengan rata-ratanya terdiri daripada ahli ISMA, PEMBINA, para sukarelawan serta masyarakat setempat.

Iktikaf 1430 - 15

Objektif program ini antara lain adalah untuk menghidupkan bulan penuh berkat, Ramadhan Al-Mubarak terutamanya pada sepuluh malam yang terakhir demi mengejar malam Al-Qadar. Ini selari dengan tema program ini iaitu “Memburu Malam Al-Qadar”. Selain itu, program ini juga menjadi medium bagi ISMA Melaka  untuk lebih mendekati dan beramah mesra dengan masyarakat sekitar kawasan Balai Panjang dan Bachang. Program 3 hari 2 malam ini bermula dengan Majis Berbuka Puasa pada 11 September (Jumaat) dan berakhir dengan Kuliah Subuh pada 13 September (Ahad).

Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang program termasuklah tazkirah, ceramah, tadarus Al-Quran, hafazan Al-Quran, bedah buku, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), gotong-royong, qiamullail, serta pelbagai lagi aktiviti-aktiviti berbentuk rohani demi untuk mendatangkan penghayatan sunnah terhadap ibadah iktikaf.

Selain berjaya mencapai objektif-objektif yang telah digariskan, program ini juga berjaya membina hubungan persaudaraan di kalangan para peserta serta masyakarat setempat disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang dijalankan bersama secara dalam kumpulan. Aktiviti-aktiviti yang disusun juga dilihat sangat berkesan untuk menghidupkan ibadah iktikaf selain mampu menjana kualiti peribadi yang lebih mapan.

Para peserta melahirkan kepuasan dan kegembiraan kerana dapat bersama-sama dalam program yang sangat bermakna ini dan mencadangkan supaya tempoh program dipanjangkan pada tahun-tahun akan datang untuk menghasilkan impak yang lebih besar.

Majulah ISMA demi agama.

Sekian, wassalam

Dilaporkan Oleh,
Muhammad Lukman al-Hakim Bin Mohamad,
Pengarah Iktikaf Perdana 1430H

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: