Kg. Pulau Destinasi Pertama Siri Jelajah Khidmat Masyarakat ISMA Melaka

Kg. Pulau, Alor Gajah – 5 Sep 2009: Hening pagi 15 Ramadhan 1430H diriuhkan dengan deruman konvoi kenderaan pasukan Khidmat Masyarakat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka, menyelusuri jalan ke Kampung Konvoi Jelajah Khidmat Masyarakat Alor Gajah ISMA MelakaPulau, Alor Gajah. Populasi kampung ini dengan kepadatan 100% penduduk berbangsa Melayu dan beragama Islam ini menjadi pilihan sebagai destinasi pertama Siri Jelajah Khidmat Masyarakat anjuran ISMA Melaka. Sebaik sahaja tiba di Masjid Al Razak, rombongan disambut mesra oleh JKKK dan JAPERUN Kampung Pulau/Sri Jeram.

Aktiviti dimulakan dengan majlis ramah mesra dan penyampaian sumbangan kepada penduduk Kampung Pulau berbentuk barang-barang ruji keperluan harian. Saudara M Harris B Hasbullah selaku Ketua Biro Dakwah ISMA Melaka telah menyampaikan ucapan alu-aluan kepada penduduk Kampung Pulau dengan mesej bahawa kekuatan aqidah dan kesatuan ummat Islam adalah tonggak kemajuan dan “survival” sesuatu bangsa.

Ucapan Saudara Harris diakui oleh Ketua JAPERUN Kampung Pulau/Sri Jeram, yang menyetujui usaha yang lebih gigih perlu diadakan untuk menjaga kesatuan bagi memartabatkan bangsa Melayu-Islam. Beliau memuji usaha ISMA Melaka yang turun ke dalam masyarakat untuk memberi khidmat dan menunjukkan teladan Islam yang baik. Beliau juga mengharapkan agar hubungan antara ISMA Melaka dan penduduk Kampung Pulau/Sri Jeram tidak terhenti setakat program ini sahaja, malah ada kesinambungan yang berterusan  dalam usaha menyebarkan kefahaman Islam yang sepatutnya.

Pasukan Khidmat Masyarakat ISMA Melaka bersama-sama beberapa penduduk kampung bergotong-royong membersihkan Masjid Al Razak, sebuah surau dan sebuah tanah perkuburan di situ, serta tidak ketinggalan dalam mempersiapkan bubur lambuk bersama wanita-wanita di Kampung Pulau.

Walaupun terik matahari dan peluh bercucuran, kepenatan yang dirasakan amat berbaloi kerana dapat melaksanakan amalan sedekah tenaga di bulan Ramadhan. Semoga ada ganjaran yang besar dari Allah, dan moga Allah membantu dakwah ISMA, agar dapat terus bersemangat menyebarkan Islam di seluruh pelusuk alam walaupun ini bukan suatu tugas yang mudah dan pasti banyak cabarannya.

Kata-kata Imam Asy Syahid Hassan Al Banna, “jadilah seperti pohon,  dibaling batu, tetap menjatuhkan buah.”

Disediakan Oleh,
Sidang Redaksi ISMA Melaka

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: