Kg. Bukit Rambai Lengkapkan Misi Jelajah Khidmat Masyarakat ISMA Melaka

Kamu mesti menjadi angkatan manusia yang dipercayai dan mampu memainkan peranan tugas yang kamu dukung di dalam HATI kamu, bersumber KEBAIKAN yang telah Allah kurniakan di dalam LIPATAN TULANG RUSUK KAMU… [Imam Hassan al-Banna]

Jelajah Khidmat Masyarakat Melaka Tengah - 007BUKIT RAMBAI, Melaka Tengah – 13 SEP 2009: Lafaz nasihat ini yang merupakan lafaz silam seorang ulama kepada pelajar sekolah menengah seakan-akan kembali hidup apabila satu rombongan belia bagi khidmat masyarakat ini muncul di celah-celah kampung bersama-sama membanting tulang, memanfaatkan tubuh kurniaan Illahi, mengorbankan masa dan tenaga, membasah keringat  bagi membantu mengemas dan mengecat dua buah rumah yang masing-masing didiami oleh seorang ibu tunggal dengan tiga anak kecil dan seorang nenek yang sudah lanjut usianya.

Alhamdulillah, tanggal 23 Ramadhan 1430H, ISMA cawangan Melaka dengan kerjasama PEMBINA telah menganjurkan satu lagi program khidmat masyarakat yang mana kali ini bertempat di Bukit Rambai, Melaka Tengah. Rombongan ini disertai oleh lebih kurang 40 orang petugas-petugas ISMA serta para sukarelawan lelaki dan perempuan daripada pelbagai latarbelakang, antaranya golongan mahasiswa dan berkerjaya.

Jelajah Khidmat Masyarakat Melaka Tengah - 024

Setelah berkumpul di Masjid Tanjung Minyak seawal 8.30 pagi, rombongan khidmat masyarakat diberikan sedikit taklimat oleh pelaksana program, Saudara Aizam dan dipecahkan kepada dua pasukan untuk terus dihantar bertugas ke dua buah rumah pada masa yang serentak, iaitu lebih kurang jam 9.20pagi. Dua pasukan tersebut diketuai oleh Saudara Muhammad Aizat dan Saudara Haris. Selain daripada beramah mesra bersama tuan rumah, mengemas rumah dan mengecat, pelbagai perkara indah lain turut berlaku. Antaranya ialah, ada yang keluar dan sanggup membelikan kabinet baru, kuih-muih raya dan pelbagai barangan lagi untuk dihadiahkan kepada ibu tunggal tersebut serta ada yang bertungkus lumus mencedok keluar air  bah dan mendapan tanah dari dalam bilik air di rumah ibu tunggal serta sanggup membantu menukar langsir di rumah nenek.

Selesai aktiviti khidmat masyarakat di kedua-dua buah rumah sekitar pukul 1.00petang, rombongan bergerak ke Masjid Al Fala Batu 6 Setengah bagi menunaikan solat Zohor. Program kemudian diteruskan dengan kata-kata aluan oleh Timbalan YDP Isma Melaka, Al-Fadhil Ustaz Zaidi kepada penduduk kampung. Dalam ucapan beliau, al-fadhil Ustaz telah memberikan penjelasan kepada penduduk kampung akan kepentingan untuk memartabatkan Islam dalam komuniti bangsa Melayu, demi memastikan kelangsungan bangsa Melayu Muslim  sebagai bangsa yang mulia. Turut diketengahkan dalam penerangan ialah sekitar peranan ISMA untuk membentuk generasi muda  yang komited memartabatkan Islam dengan mengaitkan aktiviti khidmat masyarakat ini sebagai salah satu daripada usaha tersebut. Selain itu, ustaz juga mendedahkan kesanggupan ISMA untuk melebarkan kerjasama  kepada sesiapa sahaja bagi mencapai matlamat tersebut. Selesai ucapan Ustaz Zaidi, program disusuli dengan ucapan oleh wakil penduduk kampung, Sidang Yusuf bin Ibrahim.

Akhirnya, acara kemuncak dijalankan iaitu pemberian sumbangan  berupa barang-barang ruji keperluan harian kepada 17 buah keluarga miskin di daerah Bukit Rambai. Pemberian sumbangan disampaikan oleh Timbalan YDP Isma Melaka, Ustaz Zaidi dengan diiringi oleh  Sidang Yusuf dan imam masjid, Tn Imam Hj. Rahim Bin Hj. Tambi. Program tamat sekitar 3.00 petang.


Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang dan menjadi budaya bukan sahaja di peringkat organisasi bahkan di peringkat masyarakat Islam di Melaka amnya.

Sekian, Wassalam,

Dilaporkan oleh,
Sidang Redaksi ISMA Melaka

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: