ISMA Melaka Sampaikan Saguhati Raya

Jasin – Bukit Rambai, 9 Oktober 2009: Usai solat jumaat petang khamis, 9 Oktober  2009, 3 orang wakil ISMA telah meneruskan misi jelajah masyarakat ISMA yang bermula pada bulan puasa yang lalu. Misi kali ini ialah menziarahi semula 4 buah rumah yang telah di cat pada bulan Ramadhan tempoh hari.

Rumah pertama ialah puan Puteh bt Endot atau lebih mesra dipanggil Nek Puteh yang bertempat di Kampung Tedong Pekan, Merlimau, Melaka. Kehadiran petugas ISMA yang tidak dijangka mengembirakan hati Nek Puteh. Beliau menjamu air kopi dan juga kueh mueh raya. Nek Puteh mengucapkan terimas kasih atas kunjungan dan menjemput berdatang ke rumahnya lagi.

Seterusnya misi ziarah diteruskan lagi ke rumah ke-2 iaitu Encik Daud b. Hamzah di Kg. Berangan Enam, Merlimau, Melaka. Kehadiran wakil ISMA amat mengembirakan pakcik Daud. Kami disambut dengan suara lantang pakcik daud yang ternyata masih mengenali kami. Beliau mengucapkan terima kasih dan juga minta disampaikan salam kepada “BOSS” program mengecat merujuk kepada ketua pasukan mengecat di rumah beliau tempoh hari.

Destinasi kami setersunya perlu bergerak jauh, dari daerah Jasin terus meluncur laju ke daerah Melaka Tengah di Bukit Rambai. Tiba di kampong Bukit Rambai lebih kurang jam 4.20 kami menunaikan solat Asar terlebih dahulu di masjid berdekatan. Usai solat, pakcik Yassin selaku wakil kampong Bukit Rambai telah sedia menanti.

Kami meneruskan ziarah raya ke rumah yang ketiga iaitu rumah Puan Siti Rohani Bt. Ismail. Kehadiran kami disini telah dimaklumkan lebih dahulu kepada kak siti melalui pakcik yassin. Kak siti telah sedia menanti. Kami dijamu mee sup dan kuih muih raya. Kak siti amat gembira dapat menjamu kami makan. Sedikit sedih apabila kak siti memberitahu bahawa rumahnya dinaiki air semula pada malam hari raya yang mana telah pun di cuci dan di kemas oleh petugas-petugas sukarelawan ISMA pada program jelajah masyarakat bulan lepas. Walaubagaimanapun, beliau mengucapkan terima kasih kepada kami yang sudi menziarahinya.

Rumah terakhir ialah Puan Embah bt. Husin yang juga berdekatan rumah kak Siti. Di rumah nek embah kami dijamu kuih-muih raya. Suasana sedikit riuh dek perbualan menantu nek embah yang ramah berborak dengan kami. Ternyata kehadiran kami amat disenangi tuan rumah yang melayan kami dengan baik sekali.

Selesai ziarah 4 buah rumah ini, kami seterusnya dijemput bertandang ke rumah pakcik Yassin sendiri yang  mana telah banyak membantu kelancaran program di Bukit Rambai ini. Setelah bermacam-macam hidangan telah kami jamah, di rumah pakcik yassin kami dijamu dengan hidangan berat yang enak iaitu bihun goreng, nasi impit, rending ayam dan berbagai  jenis kuih muih raya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pakcik Yassin yang banyak membantu pihak ISMA.

Tujuan ziarah kali ini ialah untuk terus membina hubungan baik yang telah terjalin antara penduduk kampong yang berkenaan pada siri program jelajah masyarakat tempoh hari. Di samping itu, kami juga menyampaikan cenderahati berupa gambar petugas-petugas ISMA bersama tuan rumah masing-masing pada program yang lalu, serta sedikit sumbangan duit raya kepada 4 buah keluarga tersebut.

Diharapkan usaha kecil yang dilakukan ini memberi erti dan makna yang besar kepada mereka yang berkenaan, dan diharapkan juga ISMA akan terus menjadi satu badan yang dipercayai masyarakat dalam menyemai nilai-nilai Islam kepada seluruh masyarakat.

Mesra, Tanggungjawab dan Prihatin

Sidang Redaksi ISMA

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: