Ramah Mesra Aildilfitri ISMA Melaka Semai Budaya Muhibbah

Bachang – 3 Oktober 2009: ISMA Melaka tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyambut bulan Syawal dengan menganjurkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 1430H pada hari Sabtu, 3 Oktober 2009 yang lalu. Majlis ini diserikan lagi dengan jamuan aqiqah Solahuddin, cahayamata sulung pasangan ahli ISMA, Mursyidi b Mohammad dan Dr Nor Ruzaini bt Sulaiman. Seramai lebih kurang 150 orang jemputan hadir memeriahkan majlis yang mana rata-ratanya terdiri daripada ahli ISMA, PEMBINA, para sukarelawan, masyarakat setempat serta kenalan kerja.

Ramah Mesra Aidilfitri ISMA Melaka - 5

Bertempat di Taman Bachang Utama, para hadirin telah mula memenuhi khemah sejak pukul 8 malam lagi. Usai solat Isyak secara berjemaah di ruang tamu rumah diimamkan oleh YDP ISMA Melaka, Ust Ahmad, majlis diteruskan dengan kata-kata aluan oleh tuan rumah, Mursyidi dan bacaan doa selamat yang disempurnakan oleh Ustaz Zaidi b Abd Jalil, Naib YDP ISMA Melaka. Para tetamu yang datang tidak putus-putus dihidangkan dengan pelbagai juadah termasuklah nasi beriyani, kuih raya aneka rasa, buah-buahan serta coklat dan gula-gula untuk kanak-kanak. Kegembiraan jelas kelihatan dari riak wajah kanak-kanak yang disuakan angpau berisi duit raya.

Akhir kata, ISMA Melaka berasa amat berbesar hati dan berterima kasih kepada semua hadirin yang telah hadir memeriahkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 1430H ISMA Melaka ini. Semoga majlis sebegini dapat menyuburkan suasana muhibbah, kemesraan dan kasih-sayang di kalangan umat Islam.

Dilaporkan oleh,

Mursyidi Mohammad
Sidang Redaksi ISMA Melaka.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: