Kursus Kepimpinan MRSM Terendak Ledak Potensi Remaja

Sg Udang – 10-11 Oktober 2009: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Pencipta sekalian alam. Kelab Remaja ISMA cawangan Melaka telah mendapat jemputan untuk mengendalikan Kursus Kepimpinan di MRSM Terendak pada 10 dan 11 Oktober 2009 yang lalu. Kursus yang bermula sekitar 8.45 pagi itu dihadiri seramai 130 orang pelajar yang  rata-ratanya terdiri daripada barisan kepimpinan pelajar tingkatan satu, dua dan tingkatan empat. Para pelajar ini merupakan pemuda-pemudi permata harapan MRSM Terendak justeru peranan penting yang mereka perlu laksanakan dalam biro, organisasi, badan pengawas mahupun persatuan masing-masing.

KRIM di MRSM Terendak

Pada hari pertama, kursus dimulakan dengan ucapan taklimat dan disusuli dengan aktiviti ’Ice Breaking’ yang dibantu oleh barisan fasilitator KRIM Melaka. Selesai ice-breaking, para peserta disaji dengan dua slot dengan diselangi oleh minum pagi sekitar 10.30pagi . Kedua-dua slot ini yang bertajuk ’What’s in the Bee?” dan ”Self Lead before Lead Others” telah berjaya dikupas dengan baiknya oleh Pengarah KRIM Melaka sendiri iaitu Saudara Mursyidi. Slot ”What’s in the Bee?’ didedahkan bertujuan untuk membawa pelajar menyorot bentuk kehidupan sekumpulan lebah melalui tayangan video seterusnya memberi ruang kepada para pelajar untuk berfikir tentang karakter yang ada pada lebah yang dapat dijadikan contoh untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa.

Di sebelah petangnya pula, setiap kumpulan diminta untuk membina menara kertas paling tinggi dan paling kuat dalam slot aktiviti yang dinamakan ’Tower of Power’. Rata-rata, kelihatan para peserta sangat terhibur dengan slot ini lebih-lebih lagi apabila menyaksikan aneka ragam pembentang setiap kumpulan untuk cuba meyakinkan barisan juri akan kehebatan menara kertas mereka. Para juri yang terdiri daripada Saudara Aizat dan Ustaz Afif pula seakan-akan mirip komentar para juri akademi nasyid. Ini sedikit-sebanyak membuatkan slot ’Tower of Power’ lebih mencabar kerana ia juga menguji kepetahan dan keberanian para peserta membuat paembentangan di khalayak ramai. Kursus pada hari pertama diakhiri dengan lagi satu slot teambuilding iaitu Aktiviti ’Sungai Asid’. .

Pada keesokan harinya, kursus dimulakan dengan penyampaian ceramah bertajuk  “Discover Personality Trait” oleh Saudara Muhammad Aizat. Slot ini adalah penting kerana ia mendedahkan beberapa jenis karakter yang boleh ada pada seseorang pemimpin. Untuk mengenali karakter peribadi peserta, peserta diminta untuk menjawab borang dan pengiraan markah akan menunjukkan kecenderungan para peserta untuk memiliki karakter peribadi yang bagaimana. Para pelajar juga terhibur kerana ia secara tidak langsung membantu mereka untuk muhasabah diri. Kursus berhenti seketika untuk sesi minum pagi dan disambung dengan slot ”True Leaders” yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zaidi, Naib Yang DiPertua ISMA Melaka. Dalam slot ini, Ustaz Zaidi mengetengahkan tokoh Islam ternama iaitu Sultan Muhammad Fateh, kegigihan barisan tenteranya serta mengaitkan peribadi unggul yang ada pada baginda yang dapat dijadikan teladan.

Berakhirnya slot itu bermakna, Kursus Kepimpinan MRSM Terendak semakin menghampiri ke acara kemuncaknya. Sesi penutup diserikan dengan ucapan penutup oleh Pengarah Program, Saudara Mursyidi dan diikuti pula dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan lelaki dan perempuan terbaik oleh Ustaz Zaidi dan penyampaian cenderamata kepada guru kaunselor, Cikgu Rubi. Majlis diteruskan dengan menjemput beberapa wakil para peserta lelaki dan perempuan untuk berkongsi perasaan dan pendapat mereka tentang Kursus Kepimpinan yang mereka sertai tahun ini. Peserta melahirkan rasa gembira mereka menyertai kursus seumpama ini dan keinginan mereka agar krew ISMA Melaka datang sekali lagi menganjur program untuk mereka. Selesai ucapan oleh wakil-wakil peserta, guru kaunselor juga dijemput untuk memberikan sedikit kata-kata ucapan. Alhamdulillah, guru kaunselor turut tidak ketinggalan memberikan reaksi yang positif dan meluahkan keinginannya untuk melebarkan usaha bagi mendapatkan kerjasama antara pihak sekolah dengan KRIM Melaka sendiri.

Akhir kalam, Selamat Maju Jaya kepada para peserta Kursus Kepimpinan MRSM Terendak 2009 dalam mencorak hala tuju positif MRSM Terendak dan semoga kita semua dapat menjadi sebaik-baik pemimpin di muka bumi Allah ini.

Sesungguhnya, pemimpin yang TERBAIK adalah pemimpin yang paling BERTAKWA!

Dilaporkan oleh,

Siti Amalia Binti Samarudin,
Naib Pengarah,
Kelab Remaja ISMA (Melaka).

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: