Perkhemahan Wanita ISMA Zon Selatan Penuh Warna-Warni.

Eco Sime Resort, Jasin,  30 Oct – 1 Nov 09: Suasana tenang dan damai di Eco Sime Resort, Jasin  diriuhkan dengan deruman konvoi kenderaan peserta Perkhemahan Wanita Zon Selatan anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka sewal jam 6 petang, menyelusuri jalan ke Dewan utama bagi memulakan satu lagi wasilah dalam wasa’il tarbiyyah yang perlu dilalui buat meningkatkan diri akhawat semua. Biarpun kehadiran akhawat diiringi dengan rintikan hujan dan dentuman guruh, ia sedikit pun tidak mematahkan hati para peserta untuk terus jiddiyah dalam menghadapi apa jua tugasan dan cabaran yang bakal dipertanggungjawabkan

Mengharungi samudra kehidupan..
Kita ibarat para pengembara..
Hidup adalah perjuangan..

Tiada masa tuk berpangku tangan….

Aktiviti dimulakan dengan kata-kata aluan pengarah program,  Ustazah Rosita Rejab selaku Pengarah Kem Perkhemahan kali ini. Dalam ucapannya, beliau menyampaikan mesej bahawa Jiddiyah dalam setiap perkara yang kita lakukan adalah tonggak kemajuan dan “survival” dakwah yang kita imani.

Mukhayyam Wanita ISMA Zon Selatan 2009 - 05

Kemudian  disusuli dengan taaruf para peserta yang hadir dari pelbagai peringkat umur, latar belakang dan 3 kawasan zon selatan yang berlainan, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Usai bertaaruf, sedikit taklimat diberikan berupa taklimat program, keselamatan, nurseri,  makanan juga penyampaian barang – barang bbq dan keperluan sepanjang program bagi setiap kumpulan.

Akibat cuaca yang kurang mengizinkan, hasrat untuk semua peserta tidur di dalam khemah terpaksa dibatalkan. Setelah sedikit tadabbur ayat bersama dan pembahagian hirasah, peserta beradu dengan lena walau hanya berlapik papan usang ‘menanti apakah yang bakal mereka lakukan esok hari. Sementara itu, di suatu sudut di belakang dewan, pekerja Eco Sime Resort juga jiddiyah bagi memperbaiki dapur kami yang telah runtuh akibat hujan lebat, kerja bertukang tersebut tamat hampir jam 2 pagi dan keesokannya kumpulan yang ditugaskan untuk mengemas dapur  telah melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya.

Keesokan harinya seawal jam 4.30 pagi,  dalam kesyahduan dan hening pagi, akhawat bangun mengadu pada rabbNya mengharapkan diberi kekuatan untuk terus tsabat melalui jalan ini. Usai solat subuh dan ma’thurat kubra, seterusnya, khatirah bertajuk husnu dzon telah disampaikan oleh ukht Hayati dari PD. Kemudian para peserta bersiap untuk senamrobik dan melalui cabaran fizikal sepanjang hari ke dua di Mukhayyam. Cabaran pertama yang di lalui adalah akhawat perlu turun ke parit dan mengharungi kolam untuk melalui 2 lagi halangan fizikal. Pelbagai gelagat akhawat dapat diperhatikan sepanjang melalui halangan, yang nyata ukhuwwah dan jiddiyah yang dipamerkan tidak dapat disangkal lagi. Ada yang tertinggal kasut di dalam kolam buat kenangan, ada yang bersalut lumpur dari atas ke bawah dan ada juga yang terpaksa mengorbankan baju kesayangan mereka sewaktu merangkak ala ‘crocodile’ bak kata sesetengah akhawat. Ala kullihal setiap peserta mempamerkan semangat dan kesungguhan yang tidak berbelah bagi bagi mengharungi setiap cabaran dan kemudiannya mempamirkan semangat melawan, kreatif dan daya juang yang begitu tinggi dalam semua aktiviti2 team building. Syabas akhawat!

Setelah mengharungi cabaran fizikal, akhawat melepaskan lelah sebentar, merehatkan badan dan menunaikan hak pada khaliqNya dengan menjamu makan tengahari dengan begitu berselera walau hanya berlaukkan sardin dan kemudiannya menunaikan fardhu zuhr. Kemudian akhawat diuji dengan ‘jiddiyah’ minda dimana setiap kumpulan perlu mereka satu produk untuk dipasarkan menggunakan bahan-bahan terpakai dan semulajadi yang berada di kawasan perkhemahan tersebut. Walaupun masa yang diberikan hanya setengah jam, hasilnya amat mengkagumkan, ada yang memasarkan vacuum serbaguna dengan infra-red yang sesuai untuk zaujah daeiyah yang begitu sibuk, ada kumpulan perunding perkahwinan, ada yang memasarkan baja organik, tak kurang kapal perang untuk GAZA dan pelbagai lagi yang mencerminkan kehebatan akhawat ISMA dalam bidang perekaan jua kepetahan mereka mempromosikan produk masing-masing. Inilah skill yang amat diperlukan oleh daeiyah dewasa kini bagi mempromosikan ISLAM di mata masyarakat, moga-moga kemahiran yang dicungkil ini dapat digunakan pada masa yang akan datang dalam mempertahankan ISLAM dari serangan musuh di luar sana.

Seterusnya, sementara menantikan ayam yang tak kunjung tiba, para peserta mengisi masa dengan berbincang mengenai persembahan tokoh pada malam tersebut dan memenuhkan borang ‘kenali ukhti kita’ serta tasmi’ hafazan yang telah diberikan.

Bunyi kokokan ayam menandakan aktiviti yang sangat ditunggu – tunggu oleh akhawat iaitu  sembelihan ayam! Setiap kumpulan diberikan 3 ekor ayam untuk disembelih. Sebelum itu ikhwah yang diimport khas untuk menceritakan serba sedikit perihal sembelihan ayam, Cikgu Zulkifli, ikhwah Melaka telah melakukan demostrasi penyembelihan ayam. Kemudian dituruti satu persatu hingga selesai 18 ekor ayam, pelbagai gelagat ditunjukkan sepanjang berlakunya proses penyembelihan sehinggalah selesai di rebus, dicabut bulu, dibersihkan dan diperap. Ada yang pucat lesi, tak kurang yang terlepas ayam sebelum habis disembelih akibat ketakutan, ada juga yang terpotong kepala dan 1001 aksi yang mencuit rasa dan menambah pengalaman juga ukhuwwah para peserta. Hasilnya 1 ekor ayam haram dimakan dan seekor lagi makruh akibat terputus kepala. Gambate akhawat!

Kemudian setelah semuanya selesai, akhawat memulakan aktiviti membakar ayam dan melakukan gubahan bbq ayam. Sangat mengkagumkan melihat kreativiti akhawat dan ayam bbq yang cukup lazat walau hanya menggunakan bahan-bahan asas yang dibekalkan sahaja. Akhirnya setelah selesai makan malam yang cukup menyelerakan, akhawat bersiap untuk berlakon, bersajak, bernasyid atau melakukan apa juga bentuk persembahan bagi membolehkan akhawat lain meneka gambaran tokoh wanita yang dilakonkan. Usai persembahan tersebut, para Ajk juga tidak ketinggalan melakukan persembahan lakonan bersahaja ‘siapa mahu menjadi jutawan segera!’ . Ternyata keletah para urusetia berjaya menghiburkan para peserta yang begitu keletihan sepanjang hari berprogram. Usai persembahan, aktiviti malam tersebut ‘night walk’ terpaksa dibatalkan akibat cuaca yang tidak mengizinkan, namun ia sedikit pun tidak mematahkan semangat akahwat untuk terus melalui mukhayyam yang masih berbaki 1 hari lagi keesokkan harinya.

Benarlah ungkapan yang dipetik dalam buku raqaiq ‘ Jika engkau mendatangi tempat tidurmu di malam hari untuk tidur, maka engkau akan merasakan kedua lututmu merintih, semua ototmu terasa kaku kerana banyak bergerak disiang hari..lelah’ Inilah petanda sang daie telah mencurahkan segala tenaganya disiang hari dan merasa cukup lelah ketika bertamu di tempat tidur pada malam hari.

Kekesokannya, walau terasa lenguh di badan dan keletihan yang belum hilang, akhawat masih berusaha bangkit untuk mendapatkan bekalan iman dan benarlah bahawa nikmat istirahah yang sebenarnya hanya apabila sebelah kaki melangkah ke syurga. Kemudian usai subuh dan ma’thurat kubra, akhawat dibekalkan dengan khatirah ‘ujub buat pembaikan diri dan setersnya bergegas ke padang untuk bersenamrobik.

Aktiviti pagi tersebut dimulakan dengan ceramah ‘Analisa Pemerintahan Umar yang telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Melaka. Penyampaiannya yang bersahaja dan menarik diselangi fakta-fakta yang meyakinkan menarik minat para peserta,  kemudian sesi pengisian diteruskan dengan ceramah yang kedua berkaitan tema program ‘jiddiyah’ oleh Ustazah Norlida Kamaruddin, Timbalan wanita ISMA pusat. Penyampaiannya berkisar mengenai jiddiyah dalam seluruh aspek kehidupan iaitu dalam ibadah, dakwah dan I’la kalimatullah al ulya. Jiddiyah bermaksud mencurahkan segala tenaga dan daya untuk sesuatu yang lasak, tanskas dan sebagainya. Ia disertai dengan niat, tekad dan kecintaan yang akan melenyapkan segala kesulitan dan menyamankan perjalanan menuju pengakhiran.

Akhirnya ustazah norlida juga menyampaikan amanat dan halatuju wanita ISMA untuk memimpin dan menjadi qudwah wanita, keluarga dan masyarakat juga membangunkan potensi wanita dan keluarga dengan nilai akhlak dan jati diri berlandaskan al quran dan sunnah. Ia dibangunkan dengan menanam sifat ‘asolah pada diri seorang wanita serta menonjolkan niche sebagai wanita ISMA.

Kemudian, sesi muhasabah dijalankan dengan setiap kawasan diberi peluang untuk memberi komen, cadangan atau kritikan bagi memperbaiki mukhayyam pada masa akan datang, juga berkongsi manfaat yang diperolehi sepanjang perjalanan mukhyyam dengan akhawat2 lain. Akhawat kemudiannya diberi sedikit saguhati dan kumpulan 1 dinobatkan sebagai juara kumpulan mukhayyam khariji kali ini.

Walaupun terik matahari dan peluh bercucuran, kepenatan yang dirasakan amat berbaloi kerana dapat mengikuti mukhayyam ini hingga ke akhirnya. Semoga ada ganjaran yang besar dari Allah, dan moga Allah membantu dakwah ISMA, agar dapat terus bersemangat menyebarkan Islam di seluruh pelusuk alam walaupun ini bukan suatu tugas yang mudah dan pasti banyak cabarannya. Agar akhawat dapat meraih cahaya hati dengan melestarikan jiddiyah dalam diri, agar dapat terus diajar terbang tinggi dan menjadi bintang yang memukau keajaiban dengan kecintaan yang sangat kuat terhadap dakwah dan kepuasan pada misi dakwah kita.

Wallahua’lam…ruhbanu fillail wa fursanu finnahar.. JIDDIYAH!

Dilaporkan oleh,
Urusetia Perkhemahan Wanita ISMA Zon Selatan 2009.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: