‘IT Camp for Kids’ Cetus Kreativiti

Ayer Keroh, 8 Disember 2009 – Bagi memanfaatkan cuti sekolah yang panjang, Nadi Asybal wa Zahrawat (NAZIM) ISMA Melaka dengan kerjasama Little Caliphs Tadika al Fateh telah menganjurkan ‘IT Camp for Kids (Part 1)’ bertempat di  Taman Tasik Utama, Ayer Keroh. Program sehari yang julung-julung kalinya diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta sekolah rendah di sekitar Melaka.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

(Hadith Sahih riwayat Bukhari)

Anak merupakan amanah Allah kepada ibubapa, mereka umpama sebutir permata yang belum digilap. Justeru itu, ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Didalam membentuk keperibadiannya, anak–anak perlu dibesarkan dengan nilai keperibadian Islam sebagai Khalifah Allah. Dari itu, program yang telah dianjurkan oleh NAZIM (Nadi Asybal wa Zahrawat ) ISMA Melaka khusus buat adik – adik peringkat rendah adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian mereka sesuai seperti yang digariskan Islam selain membekalkan mereka dengan ilmu pengetahuan yang mereka perlukan. Program berbentuk indoor ini telah mendapat sambutan yang begitu mengalakkan sehingga penyertaan terpaksa ditutup sebelum tarikh program.

NAZIM IT CAMP I - 12

Program sehari ini bermula seawal jam 8.00 pagi dimana peserta mendaftarkan diri sebelum mendengar taklimat dan motivasi pagi yang disampaikan oleh Puan Lailayati selaku Pengarah Program. Slot ini telah membuka mata dan mengetuk hati para peserta dengan tayangan video yang mengisahkan perbandingan antara keselesaan hidup yang dikecapi oleh kanak-kanak di Malaysia dengan kesempitan hidup kanak-kanak di negara mundur dan mengalami peperangan. Di akhir tayangan, rata-rata peserta menyatakan bahawa kita perlu bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah yang tidak dapat dirasai oleh semua orang.

Program diteruskan dengan slot ‘Pengenalan kepada Komponen Komputer dan Microsoft Words 2007’ yang disampaikan oleh Dr. Faridah. Slot yang berlangsung selama satu jam diselang-seli dengan latihan praktikal ini dirasakan terlalu sekejap dan kesungguhan mereka jelas terpancar dengan latihan yang dilakukan sebaik mungkin.

Usai mengalas perut, peserta didedahkan pula dengan ‘Microsoft Power Point 2007’ oleh ‘Teacher Salmi’ selaku tutor yang bertanggungjawab. Di akhir penyampaian, mereka diberi tugasan untuk menyediakan satu slide show setiap orang bertajuk ‘Kenali Rakan di IT Camp NAZIM’ . Hasilnya amat menakjubkan dan teserlah kekreatifan mereka dengan pelbagai bentuk slide show yang dipamerkan.

Perut yang mula berkeroncong tika jam hampir menginjak 1 tengahari kemudiannya diisi dengan menu yang cukup menyelerakan. Manakala badan yang agak lesu dan penat, kemudiannya disegarkan dengan air wudhu’ dan jemaah zuhr bersama diimamkan oleh adik Usaid bin Bardan. Selesai solat dan makan, adik-adik ini kelihatan masih bersemangat meneruskan program dengan slot seterusnya iaitu ‘dunia tanpa sempadan’. Peserta didedahkan dengan kebaikan dan keburukan internet, e-mail, blog, pencarian maklumat melalui ‘search engine’ yang ada, facebook, friendster dan youtube. Pendedahan awal ini diharap dapat membuka mata mereka dan agar mereka dapat menggunakannya kearah kebaikan dan tidak terpengaruh dengan anasir buruk yang ada di dalam dunia tanpa sempadan tersebut. Slot ini disampaikan oleh Puan Hidayah Ahmad Azam sebelum peserta diajar cara-cara membuat blog sendiri dalam slot ‘My Blog’ yang disampaikan oleh ‘Teacher Salmi’.


















Setelah hampir seharian letih menghadap komputer dan terkurung di dalam bilik, akhirnya para peserta didedahkan dengan aktiviti separa outdoor dimana mereka berpeluang untuk menyediakan salad dan BBQ secara berkumpulan. Mereka berjaya menyelesaikan tugasan masing-masing dalam masa yang ditetapkan dengan pelbagai ragam dan gaya tersendiri yang ditunjukkan sepanjang sesi penyediaan dan pembakaran BBQ tersebut. Kemudian, para peserta berehat sebentar untuk solat Asar berjemaah berimamkan adik Abdul Rahman bin Muhammad sebelum menjamu selera sekali lagi dengan ayam dan salad yang telah sedia terhidang sebelum pulang.

Sebelum berpisah, para peserta sempat bergambar bersama dan moga kenangan dan pelbagai manfaat yang diperolehi akan dipraktikkan sebaik mungkin setelah beredar dari kursus ini. Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Buat para pelajar di luar sana, nantikan pula ‘IT Camp for Kids (Part II)’, insyaAllah! Dan semoga mereka akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan insan yang cemerlang di akhirat jua biiznillah.

Disediakan oleh;

Saudari Nabihah Mat Shah
Urusetia ‘IT Camp for Kids’

One response to this post.

  1. bestnya program ni!
    (^_^)

    Reply

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: