Perutusan Tahun Baru 1431H

Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah swt, selawat dan salam ke atas nabi Muhamad SAW, sahabat-sahabatnya dan mereka yang mengikut jalan hidup Baginda SAW.

Saudara/i,

Moga Allah swt memberkati hidup kita semua. Sempena tahun baru 1431H, elok kita melihat sejenak apa yang telah kita lakukan dalam setahun yang lalu dan tahun-tahun sebelumnya. Jika baik, bersyukurlah dan berazam untuk peningkatan. Jika sebaliknya, marilah kita bersama-sama memperbaikinya.

Seperti biasa sempena tahun baru ramai orang akan membuat azam baru seperti ingin menguasai bahasa Arab, berhijrah ke puncak kebaikan dan sebagainya. Semua ini adalah baik belaka. Namun petunjuk rasul yang sepatutnya menjadi amalan kita ialah sentiasa memperbaiki  diri tanpa menunggu masa atau sempena-sempena tertentu.

Dari Abu Hurairah Ra. bahawa Rasulullah SAW telah  bersabda, “Perbaharuilah iman kamu.” Para sahabat bertanya, “Bagaimana cara memperbaharui iman kami, Ya Rasulullah?” Rasulullah SAW bersabda, “Perbanyaklah ucapan La ilahaillallah.”

(HR. Bukhari)

Perbanyakkan ucapan ‘La ilahaillallah’ dengan menghayati maksudnya iaitu penafian dan pembersihan dari sebarang ilah. Ilah nafsu, ilah kebendaan, ilah pangkat dan berbagai-bagai lagi ilah palsu sehingga jiwa kita benar-benar bersih lantas menanamkan ilah yang sebenar iaitu Allah swt. Hasilnya, lahirlah jiwa yang bersih dengan keimanan yang tulus hanya kepada Allah SWT. Dengan keimanan yang sebegini, maka akan terpancarlah tindakan-tindakan dan perbuatan-perbuatan zahir yang menepati kehendak iman tersebut.

Inilah maksud kenyataan ‘iman yang benar akan membuahkan amal yang soleh’. Inilah pegangan jumhur ulama Ahli Sunnah yang mengatakan iman itu bertambah dan berkurang kerana iman seorang mukmin amat berkait rapat dengan amalnya.

Ketika iman individu itu kuat, terbitlah amalan-amalan yang mulia darinya dan ketika imannya lemah terbitlahlah perbuatan-perbuatan maksiat atau seumpama dengannya dari individu tersebut.

Oleh itu dalam kita membuat azam baru dengan berbagai-bagai azam dan perubahan yang ingin kita lakukan, jangan kita lupa bahawa asas perubahan yang mantap bermula dari iman itu sendiri. Bila mantap iman, maka mantaplah langkah perubahan yang ingin kita lakukan. Insyaallah perubahan sebegini lebih berkat dan dapat menggamit rahmat Allah SWT dalam hidup kita.

Sebagai penamat bicara sempena tahun baru 1431H, saya menyeru kepada diri saya dan anda semua, samada ahli ISMA atau masyarakat seluruhnya agar dapat melakukan ‘hijrah menuju kecemerlangan’ berasaskan keimanan.  Insyaallah bantuan Allah SWT akan bersama-sama dengan kita. Amin.

Sekian, wassalam .

Saudaramu dalam Islam

Ahmad Zainal Abidin
Yang Di-Pertua,
ISMA Cawangan Melaka,
Taman Angkasa Nuri,
Durian Tunggal Melaka
30hb.Zulhijah 1439H

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: