Archive for the ‘Berita Ahli’ Category

Jemputan Aqiqah Editor ISMAmelaka

Assalamu’alaikum Warohmatullah,

Segala puji buat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Baginda SAW, model manusia sepanjang zaman.

Dengan penuh rasa rendah diri, saya sekeluarga menjemput Tuan/Puan/Encik/CIk ke Kenduri Aqiqah dan Do’a Kesyukuran bersempena kelahiran anak kedua kami Uswah Khairah tanggal 7 Disember yang lalu bertempat di kediaman kami, No. 37, Jln BBU 1/7, Tmn. BBU Seksyen 1 tanggal 22 Januari 2010 (Jumaat malam Sabtu). Dilampirkan kad jemputan ringkas ..

Semoga kesudian dan kehadiran Tuan/Puan menghadirkan barakah buat kami sekeluarga.

Wassalam
Khair Razlan Othman
Ketua Editor ISMAmelaka.com

Advertisements

Bulan Disember Bulan KRIM. Jom Anak-Anak!!

Seperti tahun-tahun yang lalu, KRIM kawasan di seluruh Malaysia akan menganjurkan pelbagai program bersempena cuti sekolah. Dengan berteraskan moto “Motivasi” “Iltizam” “Jatidiri” KRIM komited untuk bersama-sama mendidik anak bangsa agar kembali memahami fitrah dan cara hidup yang bertepatan dengan al-Quran & sunnah.

KRIM Melaka

Kem Eksplorasi Remaja Islam 2009 (KERIS 09)

  • Tema : Kenali Illahi, Unggul Peribadi
  • Tarikh: 4-6 Disember 2009
  • Tempat: Kem RSG, Durian Tunggal
  • Penyertaan: 13-17 tahun
  • Yuran: RM80
  • Tarikh tutup penyertaan: 28 November 2009
  • Hubungi:
    • Cikgu Razak 019-6225284
    • En Mursyidi 013-2070696
    • Pn Amalia 013-2668701

Kem Jatidiri 2009

  • Tema : Towards a Brighter Future
  • Tarikh: 12-13 Disember 2009
  • Tempat: Sekolah Rendah Islam al-Munawwarah
  • Penyertaan: 9-14tahun
  • Yuran: RM 20
  • Pendaftaran: 8 pagi, 12 Disember 2009
  • Hubungi:
    • En Mursyidi 013-2070696
    • En Bahiki 013-6191148
    • Pn Norafilah 017-6621399

Kem Lepasan SPM 2009

  • Tema: Failing to Plan is Planning to Fail
  • Tarikh: 26-27 Disember 2009
  • Tempat: Kompleks Belia Sukan Ayer Keroh
  • Penyertaan: 16-17 tahun
  • Yuran: RM40
  • Tarikh tutup penyertaan: 20 Disember 2009
  • Hubungi:
    • Cikgu Zul 013-6001722
    • En Mursyidi 013-2070696
    • Pn Amalia 013-2668701

KRIM Hulu Langat

Boyz II Men & Pretty Gurlz 2009

  • Tema: We Love Seerah
  • Tarikh: 11-13 Disember 2009
  • Tempat: Nur Laman Bestari, Hutan Lipur Sg. Tua, Ulu Yam, Selangor
  • Penyertaan: Remaja berusia 13-17 tahun
  • Yuran:
    • RM 150 seorang
    • RM 130 bagi pendaftaran awal & dibayar sebelum atau pada 27 november 2009
    • RM 700 bagi penyertaan berkumpulan (5 orang)
  • Tarikh tutup penyertaan: 4 Disember 2009
  • Hubungi:
    • Saudara Husairi (019-604 6013)
    • Saudari Farhani (019-270 3109)

KRIM Shah Alam-Klang

  • Tema: “Saya Kenal, Saya Faham, Saya Kuasa”
  • Tarikh: 19-20 Disember 2009
  • Tempat: Kem Mega Kristal, Kuala Selangor
  • Penyertaan: 13-17 tahun
  • Yuran: RM80
  • Hubungi: Cikgu Asmadi 019-33954590
  • Ustazah Zaleha 013-222060

KRIM Negeri Sembilan

    Kem Remaja Muslim 2009 (KRIM)
  • Tema: 1 KRIM Remaja Didahulukan Islam Diutamakan
  • Tarikh: 12-14 Disember 2009
  • Tempat: Brindley Training & Camp, Kompleks Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson
  • Penyertaan: 14-17 tahun
  • Yuran: RM80
  • Tarikh tutup penyertaan: 6 Disember 2009
  • Hubungi:
    • En Norhelmi 019-2445736
    • Pn Kaslawati 019-6230101

KRIM Johor

    Jambori Remaja Muslim 2009
  • Tarikh: 19-20 Disember 2009
  • Tempat: Nurfa Farmstay, Kaki Gunung Pulai 2, Kampung Sawah, Pekan Nanas, Pontian
  • Penyertaan: 13-18 tahun
  • Yuran: RM 50 (T-shirt, sijil dan Al-Ma’thurat disediakan)
  • Hubungi: En Fauzi 019-6724430

KRIM Terengganu

Kem Remaja Wawasan

  • Tema: Remaja Perkasa Tunggak Kegemilangan Masa Depan
  • Tarikh: 4-5 Disember 2009
  • Tempat: Dahimah’s Guest House, Rantau Abang
  • Penyertaan: 15-16 tahun
  • Yuran: RM30
  • Tarikh tutup penyertaan: 27 November 2009
  • Hubungi: Bro Nizam 013-9844103
    • Sis Nusaibah 019-9050636

KRIM Kedah

    MARI MENGHAFAL!
  • Tarikh: 1-31 Disember 2009
  • Masa: 8-10 pagi
  • Tempat: 75C, Tadika Nur Tasnim, Taman Pulai Jaya, Jalan Langgar, Alor Setar
  • Surah-surah Pilihan: As-Sajdah, Al-Insan, Al-Mulk,Al-Jumuah, Al-Munafiqun, As-Sof, Ar-Rahman, Al-Waqiah, dan surah-surah lain
  • Penyertaan: 12-17 tahun (Boleh membaca Al-Qur’an)
  • Hubungi: Saudara Habib 019-4557813

Sebarang maklumat lanjut tentang senarai Program Cuti Sekolah mengikut kawasan boleh didapati dengan melayari laman sesawang seperti di bawah:-

Anda punyai anak-anak remaja? Mahukan potensi mereka diserlahkan? Ayuh, join kami di KRIM seluruh Malaysia.

Wassalam,
Kelab Remaja ISMA,
Sidang Redaksi ISMA Melaka

Al-Kuliyyah TV3

Sri Pentas, TV3: Rancangan ilmiyah bersiri Al-Kuliyyah terbitan TV3 hari ini akan menyiarkan liputan dan forum khas berkenaan Isu Palestin tepat jam 5 petang hari ini, Jumaat 2 Januari 2009. Tetamu yang juga Pengerusi Ekskutif Aman Palestin merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustadz Abdullah Zaik akan membicarakan isu “Bebaskan al-Aqsa, Selamatkan Palestin”.

Diharap sidang pembaca dapat meluangkan masa menonton siri ini samada melalui online atau dari kaca televisyen demi mendapatkan info terbaru tentang keadaan saudar kita di Palestin. 

Disediakan oleh,
Sidang Editorial ISMA Melaka

Promosi Kem Lepasan SPM

Alor Gajah, Melaka: Bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Melaka, Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Cawangan Melaka akan sekali lagi membawakan program bermanfaat khusus untuk para pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sessi 2008.

Program julung kali ini dibawakan bersama dengan bantuan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Melaka. Program 3 hari 2 malam ini akan menyelitkan antara lain diskusi tentang perencanaan masa depan, perbandingan bidang dan jurusan juga perspektif awal tentang kehidupan siswa-siswi di universiti dalam dan juga luar negara serta pelbagai aktiviti luar dan berkumpulan yang menarik.

poster-kls-melaka-09

Para fasilitator terlatih didatangkan dari kalangan mahasiswa/wi yang masih belajardi universiti dalam dan luar negara serta mereka yang sudah bekerja dalam profession masing-masing bagi memberikan gambaran lengkap tentang halatuju sebelum, semasa dan selepas pendidikan universiti

Bagi yang berminat, bolehlah menghubungi Saudara Mursyidi [013-2070696] atau Saudari Ruzaini [013-2090696] untuk maklumat lanjut. Ayuh sebelum terlambat, hanya RM50 sahaja. 

Disediakan oleh,
Urusetia Promosi,
Kem Lepasan SPM Melaka. 

Takziah buat Saudara Sarif.

Hospital Besar, Melaka: Tanggal Selasa, 17 Jun 2008, jam 9 malam, ikhwah Melaka menerima satu panggilan dari saudara Sarif, Simpang Renggam memaklumkan kemalangan jalanraya yang menimpa abangnya di Lebuhraya berdekatan Exit Jasin/Merlimau. Abang beliau, En. Rosli bersama isterinya telahpun dimasukkan ke Hospital Besar pada malam kejadian. Encik Rosli ketika ditemui sedikit lemah dengan luka-luka di muka dan tangannya akibat terkena serpihan cermin keretanya yang berlanggar dengan belakang sebuah lori.

Alhamdulillah kami rafaqkan ke hadrat Ilahi yang memelihara keselamatan saudara Rosli sekeluarga. Saudara Rosli dan isterinya telahpun selamat keluar dari Hospital Besar tengahari semalam. Kami dari ISMA Melaka mengucapkan takziah pada akhi Sarif sekeluarga atas kemalangan yang berlaku dan mendoakan agar Saudara Rosli dan isterinya sembuh dan sihat secepat mungkin.

Allahu al-Musta’an,
Sidang Redaksi ISMA Melaka.