Archive for the ‘Catatan Perjalanan’ Category

Pengumuman: Berpindah

Assalamualaikum wbt,

Pengunjung yang dihormati, laman web rasmi IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA-MELAKA) telah berpindah ke laman web baru. Sila layari http://www.ismamelaka.com

‘IT Camp for Kids’ Cetus Kreativiti

Ayer Keroh, 8 Disember 2009 – Bagi memanfaatkan cuti sekolah yang panjang, Nadi Asybal wa Zahrawat (NAZIM) ISMA Melaka dengan kerjasama Little Caliphs Tadika al Fateh telah menganjurkan ‘IT Camp for Kids (Part 1)’ bertempat di  Taman Tasik Utama, Ayer Keroh. Program sehari yang julung-julung kalinya diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta sekolah rendah di sekitar Melaka.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

(Hadith Sahih riwayat Bukhari)

Anak merupakan amanah Allah kepada ibubapa, mereka umpama sebutir permata yang belum digilap. Justeru itu, ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Didalam membentuk keperibadiannya, anak–anak perlu dibesarkan dengan nilai keperibadian Islam sebagai Khalifah Allah. Dari itu, program yang telah dianjurkan oleh NAZIM (Nadi Asybal wa Zahrawat ) ISMA Melaka khusus buat adik – adik peringkat rendah adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian mereka sesuai seperti yang digariskan Islam selain membekalkan mereka dengan ilmu pengetahuan yang mereka perlukan. Program berbentuk indoor ini telah mendapat sambutan yang begitu mengalakkan sehingga penyertaan terpaksa ditutup sebelum tarikh program.

NAZIM IT CAMP I - 12

Program sehari ini bermula seawal jam 8.00 pagi dimana peserta mendaftarkan diri sebelum mendengar taklimat dan motivasi pagi yang disampaikan oleh Puan Lailayati selaku Pengarah Program. Slot ini telah membuka mata dan mengetuk hati para peserta dengan tayangan video yang mengisahkan perbandingan antara keselesaan hidup yang dikecapi oleh kanak-kanak di Malaysia dengan kesempitan hidup kanak-kanak di negara mundur dan mengalami peperangan. Di akhir tayangan, rata-rata peserta menyatakan bahawa kita perlu bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah yang tidak dapat dirasai oleh semua orang.

Program diteruskan dengan slot ‘Pengenalan kepada Komponen Komputer dan Microsoft Words 2007’ yang disampaikan oleh Continue reading

KERIS 2009 Gamit Kenangan Indah.

Durian Tunggal, Melaka – 4-6 Disember 2009: Bermula jam 6.00 petang, peserta mula hadir mendaftar bersama penjaga masing-masing. Seperti biasa, peserta kelihatan tertanya-tanya dan kekok bersama suasana dan teman baru. Mungkin persoalan apakah yang akan berlaku selama aku di KERIS 2009 ini bermain di benak fikiran peserta. Setelah solat maghrib, solat isyak dan makan malam, taklimat tentang KRIM dan peraturan kem disampaikan. Penyampaian bersahaja oleh Kem Komandan, saudara Sulaiman menceriakan suasana yang tadinya suram dan kaku. Ditambah dengan aktiviti ice breaking dan taaruf, peserta mula membuka mulut dan melemparkan senyuman.

Satu kelainan daripada rutin biasa, peserta dikejutkan seawal jam 4.30 pagi untuk berqiamullail. Jam 5.00 pagi bersama angin yang senantiasa mendinginkan, peserta tenang menghadap Allah yang Esa. Mungkin pengalaman baru bagi mereka. Setelah solat Subuh, satu tazkirah ringkas tetapi padat disampaikan oleh saudara Rauf bertemakan “Mengenali Ilahi Unggul Peribadi”. Mengambil pengajaran daripada Surah Al-Asr, pengisian penuh bermakna jika dihayati isinya.

Kemudian, peserta disegarkan dengan satu bentuk riadah baru. Mereka dikehendaki melukis sebuah lukisan menggunakan bahan-bahan yang telah mati. Dengan kekreatifan mereka, pelbagai rupa lukisan berjaya dihasilkan dalam masa yang ditetapkan. Aktiviti outdoor pertama yang dinantikan iaitu Continue reading

Riadah Mingguan ISMA Melaka Serlah Keunikan

Bukit Serindit, Melaka: Berbekalkan resolusi perkhemahan baru-baru ini, ahli-ahli ISMA Melaka meneruskan usaha melengkapkan siri tarbiyyah dengan penganjuran riadah mingguan bertempat di Kompleks Sukan Bukit Serindit di sini hari ini.

Riadah Mingguan ISMA Melaka 1

Uniknya, riadah ini turut menampilkan bersama seluruh anggota keluarga dari bayi kecil, remaja sehingga kepada pasangan ibu dan ayah. Di samping menyahut seruan gaya hidup sihat yang dicanangkan dalam Islam, riadah mingguan setiap pagi Ahad ini juga bertujuan mengeratkan ukhuwah sesama ahli keluarga, juga sesama ahli ISMA seterusnya memperkenalkan agenda kesyumulan kepada masyarakat setempat.

Riadah Mingguan ISMA Melaka 2

Riadah yang dimulakan dengan larian pemanas badan disungguhi pula dengan permainan bola sepak. Para ibu dan anak-anak turut tidak melepaskan peluang mengeluarkan peluh di tapak permainan yang disediakan. Ada yang bermain buaian, berlatih bola jaring dan tidak ketinggalan menguji bakat memukul bulu tangkis.

Riadah tamat jam 9:15 pagi dengan ada yang mendapatkan sarapan bersama sedang yang lain mengejar kerja-kerja dakwah yang berbaki. Diharapkan riadah mingguan setiap pagi Ahad ini akan memacu tenaga ahli-ahli ISMA untuk senantiasa bertubuh sihat dan lebih bertenaga untuk mengesani masyarakat setempat.

Dilaporkan oleh,
Sidang Redaksi ISMA Melaka.

Perkhemahan Wanita ISMA Zon Selatan Penuh Warna-Warni.

Eco Sime Resort, Jasin,  30 Oct – 1 Nov 09: Suasana tenang dan damai di Eco Sime Resort, Jasin  diriuhkan dengan deruman konvoi kenderaan peserta Perkhemahan Wanita Zon Selatan anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka sewal jam 6 petang, menyelusuri jalan ke Dewan utama bagi memulakan satu lagi wasilah dalam wasa’il tarbiyyah yang perlu dilalui buat meningkatkan diri akhawat semua. Biarpun kehadiran akhawat diiringi dengan rintikan hujan dan dentuman guruh, ia sedikit pun tidak mematahkan hati para peserta untuk terus jiddiyah dalam menghadapi apa jua tugasan dan cabaran yang bakal dipertanggungjawabkan

Mengharungi samudra kehidupan..
Kita ibarat para pengembara..
Hidup adalah perjuangan..

Tiada masa tuk berpangku tangan….

Aktiviti dimulakan dengan kata-kata aluan pengarah program,  Ustazah Rosita Rejab selaku Pengarah Kem Perkhemahan kali ini. Dalam ucapannya, beliau menyampaikan mesej bahawa Jiddiyah dalam setiap perkara yang kita lakukan adalah tonggak kemajuan dan “survival” dakwah yang kita imani.

Mukhayyam Wanita ISMA Zon Selatan 2009 - 05

Kemudian  disusuli dengan taaruf para peserta yang hadir dari pelbagai peringkat umur, latar belakang dan 3 kawasan zon selatan yang berlainan, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Usai bertaaruf, sedikit taklimat diberikan berupa taklimat program, keselamatan, nurseri,  makanan juga penyampaian barang – barang bbq dan keperluan sepanjang program bagi setiap kumpulan.

Akibat cuaca yang kurang mengizinkan, hasrat untuk semua peserta tidur di dalam khemah terpaksa dibatalkan. Setelah sedikit tadabbur ayat bersama dan pembahagian hirasah, peserta beradu dengan lena walau hanya berlapik Continue reading

Kursus Kepimpinan MRSM Terendak Ledak Potensi Remaja

Sg Udang – 10-11 Oktober 2009: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Pencipta sekalian alam. Kelab Remaja ISMA cawangan Melaka telah mendapat jemputan untuk mengendalikan Kursus Kepimpinan di MRSM Terendak pada 10 dan 11 Oktober 2009 yang lalu. Kursus yang bermula sekitar 8.45 pagi itu dihadiri seramai 130 orang pelajar yang  rata-ratanya terdiri daripada barisan kepimpinan pelajar tingkatan satu, dua dan tingkatan empat. Para pelajar ini merupakan pemuda-pemudi permata harapan MRSM Terendak justeru peranan penting yang mereka perlu laksanakan dalam biro, organisasi, badan pengawas mahupun persatuan masing-masing.

KRIM di MRSM Terendak

Pada hari pertama, kursus dimulakan dengan ucapan taklimat dan disusuli dengan aktiviti ’Ice Breaking’ yang dibantu oleh barisan fasilitator KRIM Melaka. Selesai ice-breaking, para peserta disaji dengan dua slot dengan diselangi oleh minum pagi sekitar 10.30pagi . Kedua-dua slot ini yang bertajuk ’What’s in the Bee?” dan ”Self Lead before Lead Others” telah berjaya dikupas dengan baiknya oleh Pengarah KRIM Melaka sendiri iaitu Saudara Mursyidi. Slot ”What’s in the Bee?’ didedahkan bertujuan untuk Continue reading

Ramah Mesra Aildilfitri ISMA Melaka Semai Budaya Muhibbah

Bachang – 3 Oktober 2009: ISMA Melaka tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyambut bulan Syawal dengan menganjurkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 1430H pada hari Sabtu, 3 Oktober 2009 yang lalu. Majlis ini diserikan lagi dengan jamuan aqiqah Solahuddin, cahayamata sulung pasangan ahli ISMA, Mursyidi b Mohammad dan Dr Nor Ruzaini bt Sulaiman. Seramai lebih kurang 150 orang jemputan hadir memeriahkan majlis yang mana rata-ratanya terdiri daripada ahli ISMA, PEMBINA, para sukarelawan, masyarakat setempat serta kenalan kerja.

Ramah Mesra Aidilfitri ISMA Melaka - 5

Bertempat di Taman Bachang Utama, para hadirin telah mula memenuhi khemah sejak pukul 8 malam lagi. Usai solat Isyak secara berjemaah di ruang tamu rumah diimamkan oleh YDP ISMA Melaka, Ust Ahmad, majlis diteruskan dengan kata-kata aluan oleh tuan rumah, Mursyidi dan bacaan doa selamat yang disempurnakan oleh Ustaz Zaidi b Abd Jalil, Naib YDP ISMA Melaka. Para tetamu yang datang tidak putus-putus dihidangkan dengan pelbagai juadah termasuklah nasi beriyani, kuih raya aneka rasa, buah-buahan serta coklat dan gula-gula untuk kanak-kanak. Kegembiraan jelas kelihatan dari riak wajah kanak-kanak yang disuakan angpau berisi duit raya.

Akhir kata, ISMA Melaka berasa amat berbesar hati dan berterima kasih kepada semua hadirin yang telah hadir memeriahkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 1430H ISMA Melaka ini. Semoga majlis sebegini dapat menyuburkan suasana muhibbah, kemesraan dan kasih-sayang di kalangan umat Islam.

Dilaporkan oleh,

Mursyidi Mohammad
Sidang Redaksi ISMA Melaka.