Archive for the ‘Dunia Islam’ Category

Cinta dan Air Mata Wanita Palestin

Di sebalik kehebatan seorang lelaki yang bergelar pejuang, pasti ada di sisinya seorang wanita sebagai pendorong dan sumber inspirasi. Begitu juga dengan As-Syahid Dr Abdul Aziz Ar-Rantisi, tokoh pimpinan HAMAS yang syahid akibat bedilan Zionis Israel.

Justeru ISMA dengan sukacitanya menjemput seluruh umat Islam, khususnya golongan wanita untuk mendengar sendiri cetusan rasa dan perkongsian pengalaman oleh Puan Rasya al-Adluni (isteri As-Syahid Ar-Rantisi) dalam program “Cinta & Air Mata Wanita Palestin”.

Maklumat lengkap program “Cinta & Air Mata Wanita Palestin” adalah seperti berikut:

* Tarikh: 25 Mac 2009 (Rabu)
* Masa: 2.30 petang
* Tempat: Dewan Majlis Perbandaran Seremban, N.Sembilan
* Anjuran: Biro Wanita ISMA & Aman Palestin

Selain Puan Rasya, program yang dibawakan bersama oleh Biro Wanita ISMA dan Aman Palestin ini turut menampilkan seorang lagi tokoh muslimah Palestin iaitu Umi Nadia Al-Ahsy, isteri kepada Dr. Musa Muhammad Abu Marzuk (Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS).

Masuk adalah percuma. Hadirlah beramai-ramai ke program ini bagi mengambil peluang untuk menyingkap kisah suka-duka kehidupan kedua-dua tokoh muslimah Palestin di atas yang sebenarnya merupakan sebahagian daripada nadi perjuangan pembebasan tanahair Palestin. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Ustazah Norlida bt Kamaruddin (019-2757312), Ketua Wanita ISMA Negeri Sembilan.

Sumber : http://www.ISMAweb.net

Advertisements

Rapat Umum Selamatkan Gaza.

Rakyat Malaysia dijemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.

Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

Anjuran: Aman Palestin
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari

Objektif:

  1. Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
  2. Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
  3. Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.

poster01-rapat-umum-gaza_wa

Kepada yang berminat untuk menyumbang atau bersama rombongan Melaka ke rapat umum ini, sila berhubung dengan Saudara Lukman al-Hakim di talian 019-2639964. Semoga Allah memberkati usaha kecil ini dan mengurniakan Palestin kemenangan yang hakiki.

Sidang Redaksi,
ISMA Melaka.

Al-Kuliyyah TV3

Sri Pentas, TV3: Rancangan ilmiyah bersiri Al-Kuliyyah terbitan TV3 hari ini akan menyiarkan liputan dan forum khas berkenaan Isu Palestin tepat jam 5 petang hari ini, Jumaat 2 Januari 2009. Tetamu yang juga Pengerusi Ekskutif Aman Palestin merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustadz Abdullah Zaik akan membicarakan isu “Bebaskan al-Aqsa, Selamatkan Palestin”.

Diharap sidang pembaca dapat meluangkan masa menonton siri ini samada melalui online atau dari kaca televisyen demi mendapatkan info terbaru tentang keadaan saudar kita di Palestin. 

Disediakan oleh,
Sidang Editorial ISMA Melaka

Kasih sayang perlu pembuktian!

1 Januari 2009. Hijrah baru ! tekad baru ! semangat baru!

.

2008 melabuhkan tirainya dengan ledakan bom di bumi palestine. Israel nampaknya tidak mengendahkan kecaman dan kutukan dunia. Seluruh dunia tertumpu ke sana, perasaan..sebak segalanya berbaur haru..sayangnya masih ramai rakyat Malaysia yang leka dan alpa, masih terkinja-kinja dengan dengan pesembahan Mawi, M Nasir, estranged menyambut tahun baru! Sedangan pemimpin Dubai..Sheikh Mohd Rashid al Makhtum mengisytiharkan semua sambutan tahun baru di dubai dibatalkan kerana menghormati apa yang berlaku di Palestine..kita di Malaysia?

Dimanakah nilai kasih sayang kita pada adik dan abang kita? Sanggupkah kita berpesta tika mana ibu dan kakak kita dibunuh?  Kasih sayang bukan hanya dibibir..ia perlu dijelmakan..perlu pembuktian! Menelusuri sirah memerhati kasih sayang agung yang wujud antara orang Islam tika hijrah rasul ke Madinah..tentunya ia bukan semata pengaruh dan kerja manusia, ia adalah kurniaan dan rahmat Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud : “Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan diantara hati mereka, tetapi Allah telah menyatupadukan diantara hati mereka…” [al-Anfal :63]

Hasil pertama kasih sayang adalah it’thar yang lahir antara golongan muhajirin dan ansar sehinggalah mereka menjadi golongan yang bersaudara. Persaudaraan kerana Allah inilah yang meleburkan segala ketaksuban. Tiada kemegahan kecuali dengan Islam..dan tiada ketinggian kecuali dengan Iman. Dengan persaudaraan, seorang individu akan bergerak hasil kecintaan pada kumpulannya dan tidak lagi melihat kepentingan dirinya. Kepentingan kumpulannya diutamakan. Persaudaraan ini tumbuh dalam masyarakat beriman, mengeluarkan hasil di bawah bayangan ajaran rabbani..

.

Itu ketika permulaan Hijrah di Madinah, kini di permulaan Hijrah 2009, semoga rakyat Malaysia khususnya Muslim akan bersatu hati dengan penduduk Gaza yang mengharungi detik-detik sengsara, agar kita akan lebih peka terhadap saudara kita di Palestine yang berusaha siang dan malam mempertahankan Masjid Al Aqsa..dan agar kita bersungguh-sungguh menghulurkan bantuan dalam apa jua bentuk dan berdoa sungguh – sungguh pada yang Esa. Benarlah, kasih sayang perlu pembuktian, ia perlu dijelmakan!

Nukilan,

.

Ustadzah Hidayah Ahmad Azam,
Wanita ISMA Melaka.