Archive for the ‘KRIM’ Category

KERIS 2009 Gamit Kenangan Indah.

Durian Tunggal, Melaka – 4-6 Disember 2009: Bermula jam 6.00 petang, peserta mula hadir mendaftar bersama penjaga masing-masing. Seperti biasa, peserta kelihatan tertanya-tanya dan kekok bersama suasana dan teman baru. Mungkin persoalan apakah yang akan berlaku selama aku di KERIS 2009 ini bermain di benak fikiran peserta. Setelah solat maghrib, solat isyak dan makan malam, taklimat tentang KRIM dan peraturan kem disampaikan. Penyampaian bersahaja oleh Kem Komandan, saudara Sulaiman menceriakan suasana yang tadinya suram dan kaku. Ditambah dengan aktiviti ice breaking dan taaruf, peserta mula membuka mulut dan melemparkan senyuman.

Satu kelainan daripada rutin biasa, peserta dikejutkan seawal jam 4.30 pagi untuk berqiamullail. Jam 5.00 pagi bersama angin yang senantiasa mendinginkan, peserta tenang menghadap Allah yang Esa. Mungkin pengalaman baru bagi mereka. Setelah solat Subuh, satu tazkirah ringkas tetapi padat disampaikan oleh saudara Rauf bertemakan “Mengenali Ilahi Unggul Peribadi”. Mengambil pengajaran daripada Surah Al-Asr, pengisian penuh bermakna jika dihayati isinya.

Kemudian, peserta disegarkan dengan satu bentuk riadah baru. Mereka dikehendaki melukis sebuah lukisan menggunakan bahan-bahan yang telah mati. Dengan kekreatifan mereka, pelbagai rupa lukisan berjaya dihasilkan dalam masa yang ditetapkan. Aktiviti outdoor pertama yang dinantikan iaitu Continue reading

Kem Lepasan SPM – KLS 2009 Kembali Gegar!!

Banner KLS09 KRIM Melaka

Ayer Keroh, Melaka: KRIM Melaka buat kali keduanya akan menganjurkan Kem Lepasan SPM 2009. Dengan tenaga fasilitator dan penceramah yang dibekalkan hasil kerjasama erat sebelum ini bersama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Melaka, kem kali ini akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan, Ayer Keroh tanggal 26 dan 27 Disember 2009.

KLS 2009 menyasarkan lepasan SPM 2009 dengan pelajar yang bakal menduduki SPM tahun berikutnya digalakkan untuk turut sama mendapatkan pendedahan awal. Kepada para pelajar dan ibubapa yang berminat, sila berhubung lanjut dengan urusetia seperti di bawah:

  • Cikgu Zul 013-6001722
  • En Mursyidi 013-2070696
  • Pn Amalia 013-2668701

Sekian,
Urusetia,
Kem Lepasan SPM 2009

 

Lagi Program Cuti Sekolah !

Durian Tunggal: Alhamdulillah, segala puji buat Tuhan sekalian alam. Kelab Remaja ISMA (KRIM) Cawangan Melaka melahirkan rasa kesyukuran kerana telah diberikan kepercayaan oleh pihak pentadbiran Sekolah Islam al-Munawwarah, Durian Tunggal untuk bersama menganjur klinik Kem Jatidiri 2009.

Program yang bukan sahaja menyasarkan pelajar Sekolah Islam al-Munawwarah sendiri bahkan terbuka kepada pelajar dari lingkungan 9-14 tahun untuk bersama memanfaatkan cuti penggal akhir ini. Dengan bayaran serendah RM20, peluang untuk bersama barisan fasilitator KRIM di Kem Jatidiri 2009 tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja.

Buat ibu bapa yang berminat, silalah berhubung dengan urusetia seperti yang tertera di poster yang disediakan.

Jumpa anda di sana!

Wassalam,
Urusetia Kem Jatidiri 2009

Jom ke KERIS 09!!

KERIS 09

Sg. Udang, Melaka: Cuti sekolah yang bakal menjelang tiba lewat hujung minggu ini pastinya suatu yang dinantikan oleh para pelajar pelbagai peringkat umur. Kelab Remaja ISMA (KRIM) juga turut teruja untuk bersama meraikan ketibaan cuti panjang dengan variasi aktiviti yang menarik.

KERIS 09 atau Kem Eksplorasi Remaja Islam yang menyasarkan penyertaan pelajar menengah tinggi  Tingkatan 1-4 bakal diadakan tanggal 4 hingga 6 Disember bertempat di Kem RSG, Anjung Tasik, Durian Tunggal. Antara aktiviti yang dirancang adalah melibatkan para remaja dengan aktiviti kemasyarakatan dalam rangka menerapkan sensitiviti sayang komuniti setempat, aktiviti lasak seperti war games, aktiviti berkumpulan dan sebagainya.

KERIS antara lain juga menampilkan kelainan berbanding program cuti sekolah yang lain dengan menyemai rasa kehambaan dalam aktiviti kerohanian, qiyamullail, tazkirah dan  lain-lain.

Justeru, KRIM menyeru ibu dan bapa yang berminat untuk tidak melepaskan peluang dan berlengah untuk mendaftarkan anak mereka dalam KERIS 09. Kepada yang berminat, bolehlah menghubungi urusetia seperti di bawah:

Cikgu Razak   : 019-6225284
Bro Mursyidi : 013-2070696
Sis. Amalia     : 013-2668701

Apa lagi? Jom KERIS!!

Wassalam,
Urusetia KERIS 2009

Kursus Kepimpinan MRSM Terendak Ledak Potensi Remaja

Sg Udang – 10-11 Oktober 2009: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Pencipta sekalian alam. Kelab Remaja ISMA cawangan Melaka telah mendapat jemputan untuk mengendalikan Kursus Kepimpinan di MRSM Terendak pada 10 dan 11 Oktober 2009 yang lalu. Kursus yang bermula sekitar 8.45 pagi itu dihadiri seramai 130 orang pelajar yang  rata-ratanya terdiri daripada barisan kepimpinan pelajar tingkatan satu, dua dan tingkatan empat. Para pelajar ini merupakan pemuda-pemudi permata harapan MRSM Terendak justeru peranan penting yang mereka perlu laksanakan dalam biro, organisasi, badan pengawas mahupun persatuan masing-masing.

KRIM di MRSM Terendak

Pada hari pertama, kursus dimulakan dengan ucapan taklimat dan disusuli dengan aktiviti ’Ice Breaking’ yang dibantu oleh barisan fasilitator KRIM Melaka. Selesai ice-breaking, para peserta disaji dengan dua slot dengan diselangi oleh minum pagi sekitar 10.30pagi . Kedua-dua slot ini yang bertajuk ’What’s in the Bee?” dan ”Self Lead before Lead Others” telah berjaya dikupas dengan baiknya oleh Pengarah KRIM Melaka sendiri iaitu Saudara Mursyidi. Slot ”What’s in the Bee?’ didedahkan bertujuan untuk Continue reading

Seminar Kemahiran Teknik Belajar Di Sekolah Agama (P) Syarifah Rodziah

ALAI, Melaka  – Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmatnya, Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Melaka telah mendapat jemputan untuk mengadakan Seminar Kemahiran Teknik Belajar di Sekolah Menengah Agama (P) Syarifah Rodziah pada hari Sabtu yang lalu iaitu bersamaan 25 April 2009. Seminar yang bermula sekitar pukul 8.30pagi itu dihadiri oleh 258 orang pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada para pelajar tingkatan satu, dua dan empat serta seorang pelajar daripada tingkatan tiga.

Seminar ini mengandungi dua slot utama iaitu Slot Kemahiran Teknik Belajar dan Slot Tips Mencari Keberkatan. Antara penceramah jemputan ialah Saudari Nor Hidayah dan Saudari Siti Amalia. Kedua-dua tajuk ini dipilih adalah bagi merealisasikan objektif untuk melahirkan golongan remaja yang seimbang daripada aspek mental, emosi, jasmani dan rohani. Ini adalah memandangkan keputusan yang cemerlang dalam SPM sahaja tidak cukup untuk menjamin kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat. Slot Kemahiran Teknik Belajar mendedahkan para pelajar kepada skil untuk mengulangkaji pelajaran seperti melakar peta minda di samping memuatkan sedikit Continue reading

Jambori Remaja Muslim Nasional ’09

Tarikh:

6 – 9 Jun 2009

Tempat:

Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah Negeri 9

Yuran:

RM 70.00 shj.

Penyertaan:

Remaja Lelaki 13 – 17 tahun shj.

Berminat Hubungi:

En. Nazri: :: 019-231 0935 :: syazrain@yahoo.com

En. Helmi: :: 019 -244 5736 :: ibnujamil@yahoo.com

En. Mursyidi: :: 013-207 0696 :: syidi971@yahoo.com

Maklumat lanjut:

pamphlet-jamboree-krim-luar

pamphlet-jamboree-krim-dalam

Disediakan oleh,
Saudara Mursyidi Mohamad,
Pengarah KRIM Melaka.