Archive for the ‘Tazkirah’ Category

Perutusan Tahun Baru 1431H

Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah swt, selawat dan salam ke atas nabi Muhamad SAW, sahabat-sahabatnya dan mereka yang mengikut jalan hidup Baginda SAW.

Saudara/i,

Moga Allah swt memberkati hidup kita semua. Sempena tahun baru 1431H, elok kita melihat sejenak apa yang telah kita lakukan dalam setahun yang lalu dan tahun-tahun sebelumnya. Jika baik, bersyukurlah dan berazam untuk peningkatan. Jika sebaliknya, marilah kita bersama-sama memperbaikinya.

Seperti biasa sempena tahun baru ramai orang akan membuat azam baru seperti ingin menguasai bahasa Arab, berhijrah ke puncak kebaikan dan sebagainya. Semua ini adalah baik belaka. Namun petunjuk rasul yang sepatutnya menjadi amalan kita ialah sentiasa memperbaiki  diri tanpa menunggu masa atau sempena-sempena tertentu.

Dari Abu Hurairah Ra. bahawa Rasulullah SAW telah  bersabda, “Perbaharuilah iman kamu.” Para sahabat bertanya, “Bagaimana cara memperbaharui iman kami, Ya Rasulullah?” Rasulullah SAW bersabda, “Perbanyaklah ucapan La ilahaillallah.”

(HR. Bukhari)

Perbanyakkan ucapan ‘La ilahaillallah’ dengan menghayati maksudnya iaitu penafian dan pembersihan dari sebarang ilah. Ilah nafsu, ilah kebendaan, ilah pangkat dan berbagai-bagai lagi ilah palsu sehingga jiwa kita benar-benar bersih lantas menanamkan ilah yang sebenar iaitu Allah swt. Hasilnya, lahirlah jiwa yang bersih dengan keimanan yang tulus hanya kepada Allah SWT. Dengan keimanan yang sebegini, maka akan terpancarlah tindakan-tindakan dan perbuatan-perbuatan zahir yang menepati kehendak iman tersebut.

Inilah maksud kenyataan ‘iman yang benar akan membuahkan amal yang soleh’. Inilah pegangan jumhur ulama Ahli Sunnah yang mengatakan iman itu bertambah dan berkurang kerana iman seorang mukmin amat berkait rapat dengan amalnya.

Ketika iman individu itu kuat, terbitlah amalan-amalan yang mulia darinya dan ketika imannya lemah terbitlahlah perbuatan-perbuatan maksiat atau seumpama dengannya dari individu tersebut.

Oleh itu dalam kita membuat azam baru dengan berbagai-bagai azam dan perubahan yang ingin kita lakukan, jangan kita lupa bahawa asas perubahan yang mantap bermula dari Continue reading

Semua dambakan natijah yang baik

Tidak ada di sana mana-mana insan yang inginkan balasan yang buruk dari apa yang diusahakan. Manusia yang waras sentiasa menginginkan pulangan baik dari apa yang dilakukan dalam apa sahaja bidang. Bagi pelajar, segulung ijazah barangkali dengan kepujian. Bagi peniaga, keuntungan hasil dagangan yang dimpikan. Bagi pelabur, tentunya pulangan berlipatganda daripada wang yang dilaburkan. Bagi ibu bapa, tentunya ingin melihat anak-anak yang berjaya pada mata mereka dan kelak akan berbakti kepada mereka di hari tua. Semuanya inginkan faedah daripada apa yang dilakukan. Keinginan kepada natijah yang baik ini tidak terhad kepada orang Islam sahaja, bahkan meliputi seluruh manusia tanpa mengira zaman. Inilah fitrah manusia.

proudmuslim

Islam tidak mengekang fitrah ini bahkan Islam telah datang sebagai teman kepada fitrah ini. Justeru Islam menyeru umatnya kepada kesempurnaan atau ‘excellence‘ dalam apa jua bidang hatta dalam melakukan penyembelihan binatang. Islam datang sebagai Continue reading

Halatuju anda tentukan!

halatuju

Lenguh-lenguh di kaki dan badan baru sahaja pulih sepenuhnya. Satu kenangan manis yang pasti terpahat di ingatan sampai bila-bila. Mendaki Gunung Dato’ dengan ketinggian 2900 kaki dari aras laut tidaklah semudah yang disangka. Bukan tidak pernah melakukan aktiviti out-door sebelum ini, tetapi pendakian kali ini memberi 1001 makna dan pengalaman tersendiri.

Mendaki Gunung Dato’ benar-benar menguji ketahanan mental, fizikal dan emosi si pendaki. Masakan tidak, jalan mendaki yang curam dan berbatu, ditambah pula Continue reading