Archive for the ‘Umum’ Category

Perutusan Tahun Baru 1431H

Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah swt, selawat dan salam ke atas nabi Muhamad SAW, sahabat-sahabatnya dan mereka yang mengikut jalan hidup Baginda SAW.

Saudara/i,

Moga Allah swt memberkati hidup kita semua. Sempena tahun baru 1431H, elok kita melihat sejenak apa yang telah kita lakukan dalam setahun yang lalu dan tahun-tahun sebelumnya. Jika baik, bersyukurlah dan berazam untuk peningkatan. Jika sebaliknya, marilah kita bersama-sama memperbaikinya.

Seperti biasa sempena tahun baru ramai orang akan membuat azam baru seperti ingin menguasai bahasa Arab, berhijrah ke puncak kebaikan dan sebagainya. Semua ini adalah baik belaka. Namun petunjuk rasul yang sepatutnya menjadi amalan kita ialah sentiasa memperbaiki  diri tanpa menunggu masa atau sempena-sempena tertentu.

Dari Abu Hurairah Ra. bahawa Rasulullah SAW telah  bersabda, “Perbaharuilah iman kamu.” Para sahabat bertanya, “Bagaimana cara memperbaharui iman kami, Ya Rasulullah?” Rasulullah SAW bersabda, “Perbanyaklah ucapan La ilahaillallah.”

(HR. Bukhari)

Perbanyakkan ucapan ‘La ilahaillallah’ dengan menghayati maksudnya iaitu penafian dan pembersihan dari sebarang ilah. Ilah nafsu, ilah kebendaan, ilah pangkat dan berbagai-bagai lagi ilah palsu sehingga jiwa kita benar-benar bersih lantas menanamkan ilah yang sebenar iaitu Allah swt. Hasilnya, lahirlah jiwa yang bersih dengan keimanan yang tulus hanya kepada Allah SWT. Dengan keimanan yang sebegini, maka akan terpancarlah tindakan-tindakan dan perbuatan-perbuatan zahir yang menepati kehendak iman tersebut.

Inilah maksud kenyataan ‘iman yang benar akan membuahkan amal yang soleh’. Inilah pegangan jumhur ulama Ahli Sunnah yang mengatakan iman itu bertambah dan berkurang kerana iman seorang mukmin amat berkait rapat dengan amalnya.

Ketika iman individu itu kuat, terbitlah amalan-amalan yang mulia darinya dan ketika imannya lemah terbitlahlah perbuatan-perbuatan maksiat atau seumpama dengannya dari individu tersebut.

Oleh itu dalam kita membuat azam baru dengan berbagai-bagai azam dan perubahan yang ingin kita lakukan, jangan kita lupa bahawa asas perubahan yang mantap bermula dari Continue reading

Seminar Penghayatan Ramadhan 1430H

SPR2009Innalhamdulillah. Asyhadu alla ila ha illallah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh… Allahumma balighna Ramadhan.

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berjuang menghampiri pintu Ramadhan. Mungkinnya sampai, mungkin terlebih dahulu disentak bertemu yang Esa. Moga Allah kurniakan peluang buat menambah amal yang masih kurang.

InsyaAllah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) juga diatas sokongan padu Jabatan Agama Islama Melaka (JAIM) akan menganjurkan Seminar Penghayatan Ramadhan 1430H tanggal 16 Ogos 2009 bersamaan 25 Sya’ban 1430 Hijriyah ini bertempat di Masjid Al-Azim.

Seminar Penghayatan Ramadhan 1430H

Seminar ini antara lainnya bertujuan menghidupkan persediaan menjelang Ramadhan, mengajak penduduk sekitar Melaka untuk bersama merasai Continue reading

Jom ke MABIT !!

mabit-11

Surau An-Najihin, Taman Merdeka Jaya: Buat julung kalinya, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka akan menganjurkan Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) hujung minggu ini, bermula Maghrib hari Sabtu, 24 Januari 2009 sehingga ke awal pagi Ahad, 25 Januari 2009.

MABIT merupakan antara usaha murni ISMA Melaka untuk mengajak ummah ini kembali kepada praktis Islami dalam kehidupan seharian. MABIT kali ini menampilkan tentatif yang agak istimewa dengan dimulai slot untuk Palestin. Tentatif secara ringkasnya adalah seperti berikut:

7:30 pm: Maghrib berjemaah
8:00 pm: “Selamatkan Gaza” oleh Perunding Aman Palestin
Isya’ berjemaah
Tazkirah ringkas
Tidur
4:30 am: Bangun Qiyamullail
6:05 am: Subuh berjemaah
Kuliah Subuh
8:00 am: Riadah di Padang Taman Merdeka Jaya

Slot ceramah Aman Palestin dibuka kepada seluruh umat Islam, muslimin dan juga muslimat bagi mendapatkan informasi terkini tentang perang HAMAS-Israel di Gaza. Justeru, seluruh umat Islam terutamanya penduduk Melaka diseru untuk meramaikan majlis. Sumbangan dan derma ikhlas juga amat dialu-alukan.

Jom!! Kita jumpa di MABIT!

Disediakan oleh,
Sidang Redaksi ISMA Melaka

Wanita ISMA Melaka anjur Seminar Biologi Wanita 2

ISMA Melaka, Durian Tunggal: Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka akan menganjurkan seminar kekeluargaan siri kedua dengan tajuk “Adaptasi Biologi Wanita dan Rumahtangga”. Seminar ini terbuka kepada semua golongan tidak kira bujang mahupun sudah berkahwin, samada yang menunggu kelahiran anak pertama mahupun yang sudah beranak sembilan, tidak kira lelaki dan juga perempuan.

wanita-biologi_1

Kursus kekeluargaan seperti ini dilihat amat penting dalam proses membina kefahaman hakiki tentang pembinaan keluarga mithali. Sentuhan dari segenap aspek bakal disajikan oleh penceramah pakar yang Continue reading

Semua dambakan natijah yang baik

Tidak ada di sana mana-mana insan yang inginkan balasan yang buruk dari apa yang diusahakan. Manusia yang waras sentiasa menginginkan pulangan baik dari apa yang dilakukan dalam apa sahaja bidang. Bagi pelajar, segulung ijazah barangkali dengan kepujian. Bagi peniaga, keuntungan hasil dagangan yang dimpikan. Bagi pelabur, tentunya pulangan berlipatganda daripada wang yang dilaburkan. Bagi ibu bapa, tentunya ingin melihat anak-anak yang berjaya pada mata mereka dan kelak akan berbakti kepada mereka di hari tua. Semuanya inginkan faedah daripada apa yang dilakukan. Keinginan kepada natijah yang baik ini tidak terhad kepada orang Islam sahaja, bahkan meliputi seluruh manusia tanpa mengira zaman. Inilah fitrah manusia.

proudmuslim

Islam tidak mengekang fitrah ini bahkan Islam telah datang sebagai teman kepada fitrah ini. Justeru Islam menyeru umatnya kepada kesempurnaan atau ‘excellence‘ dalam apa jua bidang hatta dalam melakukan penyembelihan binatang. Islam datang sebagai Continue reading

Rapat Umum Selamatkan Gaza.

Rakyat Malaysia dijemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.

Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

Anjuran: Aman Palestin
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari

Objektif:

  1. Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
  2. Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
  3. Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.

poster01-rapat-umum-gaza_wa

Kepada yang berminat untuk menyumbang atau bersama rombongan Melaka ke rapat umum ini, sila berhubung dengan Saudara Lukman al-Hakim di talian 019-2639964. Semoga Allah memberkati usaha kecil ini dan mengurniakan Palestin kemenangan yang hakiki.

Sidang Redaksi,
ISMA Melaka.

Al-Kuliyyah TV3

Sri Pentas, TV3: Rancangan ilmiyah bersiri Al-Kuliyyah terbitan TV3 hari ini akan menyiarkan liputan dan forum khas berkenaan Isu Palestin tepat jam 5 petang hari ini, Jumaat 2 Januari 2009. Tetamu yang juga Pengerusi Ekskutif Aman Palestin merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustadz Abdullah Zaik akan membicarakan isu “Bebaskan al-Aqsa, Selamatkan Palestin”.

Diharap sidang pembaca dapat meluangkan masa menonton siri ini samada melalui online atau dari kaca televisyen demi mendapatkan info terbaru tentang keadaan saudar kita di Palestin. 

Disediakan oleh,
Sidang Editorial ISMA Melaka