.: Pena YDP :.

السلام عليكم و رحمة الله
Segala puji bagi Allah swt, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhamad saw, pembawa risalah suci bersama contoh ikutan bagi mereka yang ingin mengikutinya.
Hari ini kita sedang memasuki 26hb.Ramadhan 1430H. Ini bermakna tinggal tiga hari shj lagi Ramadhan 1430H akan bersama dengan kita. Mengikut kiraan falak, Insyaallah hilal Syawal 1430H akan kelihatan selepas piring matahari terbenam di ufuk barat pada hari Sabtu ini.

Saudara/i sekelian;
Al-Hamdulillah, program-program dan aktiviti-aktiviti sempena Ramadhan 1430H yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Bermacam-macam pengalaman telah kita perolehi sekaligus menjadi aset untuk aktiviti-aktiviti mendatang. Antara yang masih tinggal ialah membanyakkan ibadah khusus pada baki sepuluh terakhir dan menghabiskan bacaan al-quran 30 juzuk bagi yang belum habis.
Saudara/i sekelian;
Hanya ucapan Jazakumullah Khairan Kathira kepada SEMUA, kerana telah menjayakan setiap aktiviti yang dirancang. Tidak kiralah jenis sumbangan yg diberi samada ianya berupa tenaga, masa, duit, idea, kerjasama, sokongan moral, doa dll. Insyaallah semuanya akan dikira sebagai amal kebajikan oleh Allah swt dan pada hari akhirat nanti akan dipersembahkan dalam bentuk pahala kebaikan.
Saudara/i sekelian;
Bersempena dengan Syawal 1430H yang akan menjelang beberapa hari lagi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dan MAAF ZAHIR BATIN kepada SEMUA muslimin muslimat.
Moga kita berjaya dunia dan akhirat. Aminnnn

تقبل الله منا ومنكم

Sekian Wassalam
Akhukum;
Ahmad b Zainal Abidin
Nur Azimah bt Abd Rahman
Nur bt Ahmad
Hamzah b Ahmad
Umar b Ahmad
Nuha bt Ahmad
Adam b Ahmad
Wafa bt Ahmad
Asma bt Ahmad
Husna bt Ahmad
Sarah bt Ahmad

One response to this post.

  1. Posted by Abdullah Zaik on April 16, 2008 at 8:06 am

    mane YDP ? diam je

    Reply

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: