Posts Tagged ‘Aqiqah’

Jemputan Aqiqah Editor ISMAmelaka

Assalamu’alaikum Warohmatullah,

Segala puji buat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat Baginda SAW, model manusia sepanjang zaman.

Dengan penuh rasa rendah diri, saya sekeluarga menjemput Tuan/Puan/Encik/CIk ke Kenduri Aqiqah dan Do’a Kesyukuran bersempena kelahiran anak kedua kami Uswah Khairah tanggal 7 Disember yang lalu bertempat di kediaman kami, No. 37, Jln BBU 1/7, Tmn. BBU Seksyen 1 tanggal 22 Januari 2010 (Jumaat malam Sabtu). Dilampirkan kad jemputan ringkas ..

Semoga kesudian dan kehadiran Tuan/Puan menghadirkan barakah buat kami sekeluarga.

Wassalam
Khair Razlan Othman
Ketua Editor ISMAmelaka.com

Advertisements

Ramah Mesra Aildilfitri ISMA Melaka Semai Budaya Muhibbah

Bachang – 3 Oktober 2009: ISMA Melaka tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyambut bulan Syawal dengan menganjurkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 1430H pada hari Sabtu, 3 Oktober 2009 yang lalu. Majlis ini diserikan lagi dengan jamuan aqiqah Solahuddin, cahayamata sulung pasangan ahli ISMA, Mursyidi b Mohammad dan Dr Nor Ruzaini bt Sulaiman. Seramai lebih kurang 150 orang jemputan hadir memeriahkan majlis yang mana rata-ratanya terdiri daripada ahli ISMA, PEMBINA, para sukarelawan, masyarakat setempat serta kenalan kerja.

Ramah Mesra Aidilfitri ISMA Melaka - 5

Bertempat di Taman Bachang Utama, para hadirin telah mula memenuhi khemah sejak pukul 8 malam lagi. Usai solat Isyak secara berjemaah di ruang tamu rumah diimamkan oleh YDP ISMA Melaka, Ust Ahmad, majlis diteruskan dengan kata-kata aluan oleh tuan rumah, Mursyidi dan bacaan doa selamat yang disempurnakan oleh Ustaz Zaidi b Abd Jalil, Naib YDP ISMA Melaka. Para tetamu yang datang tidak putus-putus dihidangkan dengan pelbagai juadah termasuklah nasi beriyani, kuih raya aneka rasa, buah-buahan serta coklat dan gula-gula untuk kanak-kanak. Kegembiraan jelas kelihatan dari riak wajah kanak-kanak yang disuakan angpau berisi duit raya.

Akhir kata, ISMA Melaka berasa amat berbesar hati dan berterima kasih kepada semua hadirin yang telah hadir memeriahkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 1430H ISMA Melaka ini. Semoga majlis sebegini dapat menyuburkan suasana muhibbah, kemesraan dan kasih-sayang di kalangan umat Islam.

Dilaporkan oleh,

Mursyidi Mohammad
Sidang Redaksi ISMA Melaka.

Jemputan ke Ramah Mesra Aidilfitri ISMA Melaka

Bachang, Melaka: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka meneruskan agenda mengesani masyarakat dengan kali ini menganjurkan majlis ramah mesra Aidilftri 1430 Hijriah. Majlis ini antara lain memuatkan kenduri doa selamat untuk aqiqah Solahuddin Bin Mursyidi, cahayamata pertama penyeri hidup pasangan ahli ISMA, Mursyidi B. Mohammad dan Dr. Nor Ruzaini.

Ramah Mesra AIdilfitri ISMA Melaka

Dengan ini, semua muslimin muslimat di sekitar Melaka dialu-alukan untuk bersama menghayati bulan Syawal yang mulia ini. Lokasi dan masa adalah seperti di bawah:

Hari : Sabtu
Tarikh : 3 Oktober 2009
Masa : 8:30 – 10:30 malam
Alamat : No. 18, Jln BU6, Tmn Bachang Utama (berhadapan Giant)

InsyaAllah, kenduri do’a selamat bermula jam 8 malam. Hadirin yang berkesempatan hadir awal adalah dialukan untuk turut¬†bersama.

Di kesempatan ini juga, Sidang Redaksi ISMA Melaka mengucapkan Eid Mubarok 1430H. Kullu ‘am wa antum bi khair. Muga Allah menerima amalam kita sepanjang Ramadhan al-Mubarak.

Taqabbal Allahu Minna Wa Minkum,
Sidang Redaksi ISMA Melaka.