Posts Tagged ‘Cuti Sekolah’

NAZIM Melaka Pupuk Generasi Celik IT

MITC, Ayer Keroh: Nadi Asybal wa Zahrawat ISMA Melaka atau ringkasnya NAZIM turut tidak ketinggalan memanfaatkan cuti sekolah yang berbaki. Jika abang-abang di Tingkatan Menengah disajikan dengan program KERIS 2009 dan juga KLS, NAZIM yang diwujudkan untuk memperkasa pendidikan rendah juga berkongsi aspirasi yang sama memandang lebih jauh dengan penganjuran IT Camp For Kids. 

Projek Bahagian Satu anjuran bersama Tadika al-Fateh antara lainnya bertujuan melahirkan generasi muda celik komputer di samping memberikan didikan awal tentang kaedah penggunaan medium massa elektronik secara berkesan dan berhemah. Tidak dinafikan, Gen-Z yang membesar dalam suasana arus IT harus diseimbangkan dengan keperluan akhirat. 

Diantara perisian yang bakal diajar adalah Microsoft Word, Powerpoint dan juga sedikit asas menulis blog. Peserta juga akan berpeluang melihat dan menguji kebolehan menyediakan masakan ala barbeku disamping pengurusan solat harian yang dilakukan secara berjemaah. Butiran program secara lanjut adalah seperti dibawah. 

Hari : Selasa
Tarikh : 8 Disember 2009
Masa : 8.00am-6.00pm
Tempat : Tadika al Fateh, Tmn. Tasik Utama, Ayer Keroh

Sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi:

  • Pn. Lailayati | 013-6001723
  • Pn. Nabihah | 019-3801920

Pamplet pendaftaran boleh dimuat turun di sini.

Wassalam,
ISMAmelaka.com

Advertisements

Lagi Program Cuti Sekolah !

Durian Tunggal: Alhamdulillah, segala puji buat Tuhan sekalian alam. Kelab Remaja ISMA (KRIM) Cawangan Melaka melahirkan rasa kesyukuran kerana telah diberikan kepercayaan oleh pihak pentadbiran Sekolah Islam al-Munawwarah, Durian Tunggal untuk bersama menganjur klinik Kem Jatidiri 2009.

Program yang bukan sahaja menyasarkan pelajar Sekolah Islam al-Munawwarah sendiri bahkan terbuka kepada pelajar dari lingkungan 9-14 tahun untuk bersama memanfaatkan cuti penggal akhir ini. Dengan bayaran serendah RM20, peluang untuk bersama barisan fasilitator KRIM di Kem Jatidiri 2009 tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja.

Buat ibu bapa yang berminat, silalah berhubung dengan urusetia seperti yang tertera di poster yang disediakan.

Jumpa anda di sana!

Wassalam,
Urusetia Kem Jatidiri 2009

Jom ke KERIS 09!!

KERIS 09

Sg. Udang, Melaka: Cuti sekolah yang bakal menjelang tiba lewat hujung minggu ini pastinya suatu yang dinantikan oleh para pelajar pelbagai peringkat umur. Kelab Remaja ISMA (KRIM) juga turut teruja untuk bersama meraikan ketibaan cuti panjang dengan variasi aktiviti yang menarik.

KERIS 09 atau Kem Eksplorasi Remaja Islam yang menyasarkan penyertaan pelajar menengah tinggi  Tingkatan 1-4 bakal diadakan tanggal 4 hingga 6 Disember bertempat di Kem RSG, Anjung Tasik, Durian Tunggal. Antara aktiviti yang dirancang adalah melibatkan para remaja dengan aktiviti kemasyarakatan dalam rangka menerapkan sensitiviti sayang komuniti setempat, aktiviti lasak seperti war games, aktiviti berkumpulan dan sebagainya.

KERIS antara lain juga menampilkan kelainan berbanding program cuti sekolah yang lain dengan menyemai rasa kehambaan dalam aktiviti kerohanian, qiyamullail, tazkirah dan  lain-lain.

Justeru, KRIM menyeru ibu dan bapa yang berminat untuk tidak melepaskan peluang dan berlengah untuk mendaftarkan anak mereka dalam KERIS 09. Kepada yang berminat, bolehlah menghubungi urusetia seperti di bawah:

Cikgu Razak   : 019-6225284
Bro Mursyidi : 013-2070696
Sis. Amalia     : 013-2668701

Apa lagi? Jom KERIS!!

Wassalam,
Urusetia KERIS 2009