Posts Tagged ‘ISMA Melaka’

Riadah Mingguan ISMA Melaka Serlah Keunikan

Bukit Serindit, Melaka: Berbekalkan resolusi perkhemahan baru-baru ini, ahli-ahli ISMA Melaka meneruskan usaha melengkapkan siri tarbiyyah dengan penganjuran riadah mingguan bertempat di Kompleks Sukan Bukit Serindit di sini hari ini.

Riadah Mingguan ISMA Melaka 1

Uniknya, riadah ini turut menampilkan bersama seluruh anggota keluarga dari bayi kecil, remaja sehingga kepada pasangan ibu dan ayah. Di samping menyahut seruan gaya hidup sihat yang dicanangkan dalam Islam, riadah mingguan setiap pagi Ahad ini juga bertujuan mengeratkan ukhuwah sesama ahli keluarga, juga sesama ahli ISMA seterusnya memperkenalkan agenda kesyumulan kepada masyarakat setempat.

Riadah Mingguan ISMA Melaka 2

Riadah yang dimulakan dengan larian pemanas badan disungguhi pula dengan permainan bola sepak. Para ibu dan anak-anak turut tidak melepaskan peluang mengeluarkan peluh di tapak permainan yang disediakan. Ada yang bermain buaian, berlatih bola jaring dan tidak ketinggalan menguji bakat memukul bulu tangkis.

Riadah tamat jam 9:15 pagi dengan ada yang mendapatkan sarapan bersama sedang yang lain mengejar kerja-kerja dakwah yang berbaki. Diharapkan riadah mingguan setiap pagi Ahad ini akan memacu tenaga ahli-ahli ISMA untuk senantiasa bertubuh sihat dan lebih bertenaga untuk mengesani masyarakat setempat.

Dilaporkan oleh,
Sidang Redaksi ISMA Melaka.

Advertisements

ISMA Melaka Sampaikan Saguhati Raya

Jasin – Bukit Rambai, 9 Oktober 2009: Usai solat jumaat petang khamis, 9 Oktober  2009, 3 orang wakil ISMA telah meneruskan misi jelajah masyarakat ISMA yang bermula pada bulan puasa yang lalu. Misi kali ini ialah menziarahi semula 4 buah rumah yang telah di cat pada bulan Ramadhan tempoh hari.

Rumah pertama ialah puan Puteh bt Endot atau lebih mesra dipanggil Nek Puteh yang bertempat di Kampung Tedong Pekan, Merlimau, Melaka. Kehadiran petugas ISMA yang tidak dijangka mengembirakan hati Nek Puteh. Beliau menjamu air kopi dan juga kueh mueh raya. Nek Puteh mengucapkan terimas kasih atas kunjungan dan menjemput berdatang ke rumahnya lagi.

Seterusnya misi ziarah diteruskan lagi ke rumah ke-2 iaitu Encik Daud b. Hamzah di Kg. Berangan Enam, Merlimau, Melaka. Kehadiran wakil ISMA amat mengembirakan pakcik Daud. Kami disambut dengan suara lantang pakcik daud yang ternyata masih mengenali kami. Beliau mengucapkan terima kasih dan juga minta disampaikan salam kepada “BOSS” program mengecat merujuk kepada ketua pasukan mengecat di rumah beliau tempoh hari.

Destinasi kami setersunya perlu bergerak jauh, dari daerah Jasin terus meluncur laju ke daerah Melaka Tengah di Bukit Rambai. Tiba di kampong Bukit Rambai lebih kurang jam 4.20 kami menunaikan solat Asar terlebih dahulu di masjid berdekatan. Usai solat, pakcik Yassin selaku wakil kampong Bukit Rambai telah sedia menanti.

Kami meneruskan ziarah raya ke rumah yang ketiga iaitu rumah Puan Siti Rohani Bt. Ismail. Kehadiran kami disini telah dimaklumkan lebih dahulu kepada kak siti melalui pakcik yassin. Kak siti telah sedia menanti. Kami dijamu mee sup dan kuih muih raya. Kak siti amat gembira dapat menjamu kami makan. Sedikit sedih apabila kak siti memberitahu bahawa rumahnya dinaiki air semula pada malam hari raya yang mana telah pun di cuci dan di kemas oleh petugas-petugas sukarelawan ISMA pada program jelajah masyarakat bulan lepas. Walaubagaimanapun, beliau mengucapkan terima kasih kepada kami yang sudi menziarahinya.

Rumah terakhir ialah Puan Embah bt. Husin yang juga berdekatan rumah kak Siti. Di rumah nek embah kami dijamu kuih-muih raya. Suasana sedikit riuh dek perbualan menantu nek embah yang ramah berborak dengan kami. Ternyata kehadiran kami amat disenangi tuan rumah yang melayan kami dengan baik sekali.

Selesai ziarah 4 buah rumah ini, kami seterusnya dijemput bertandang ke rumah pakcik Yassin sendiri yang  mana telah banyak membantu kelancaran program di Bukit Rambai ini. Setelah bermacam-macam hidangan telah kami jamah, di rumah pakcik yassin kami dijamu dengan hidangan berat yang enak iaitu bihun goreng, nasi impit, rending ayam dan berbagai  jenis kuih muih raya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pakcik Yassin yang banyak membantu pihak ISMA.

Tujuan ziarah kali ini ialah untuk terus membina hubungan baik yang telah terjalin antara penduduk kampong yang berkenaan pada siri program jelajah masyarakat tempoh hari. Di samping itu, kami juga menyampaikan cenderahati berupa gambar petugas-petugas ISMA bersama tuan rumah masing-masing pada program yang lalu, serta sedikit sumbangan duit raya kepada 4 buah keluarga tersebut.

Diharapkan usaha kecil yang dilakukan ini memberi erti dan makna yang besar kepada mereka yang berkenaan, dan diharapkan juga ISMA akan terus menjadi satu badan yang dipercayai masyarakat dalam menyemai nilai-nilai Islam kepada seluruh masyarakat.

Mesra, Tanggungjawab dan Prihatin

Sidang Redaksi ISMA

Kg. Bukit Rambai Lengkapkan Misi Jelajah Khidmat Masyarakat ISMA Melaka

Kamu mesti menjadi angkatan manusia yang dipercayai dan mampu memainkan peranan tugas yang kamu dukung di dalam HATI kamu, bersumber KEBAIKAN yang telah Allah kurniakan di dalam LIPATAN TULANG RUSUK KAMU… [Imam Hassan al-Banna]

Jelajah Khidmat Masyarakat Melaka Tengah - 007BUKIT RAMBAI, Melaka Tengah – 13 SEP 2009: Lafaz nasihat ini yang merupakan lafaz silam seorang ulama kepada pelajar sekolah menengah seakan-akan kembali hidup apabila satu rombongan belia bagi khidmat masyarakat ini muncul di celah-celah kampung bersama-sama membanting tulang, memanfaatkan tubuh kurniaan Illahi, mengorbankan masa dan tenaga, membasah keringat  bagi membantu mengemas dan mengecat dua buah rumah yang masing-masing didiami oleh seorang ibu tunggal dengan tiga anak kecil dan seorang nenek yang sudah lanjut usianya.

Alhamdulillah, tanggal 23 Ramadhan 1430H, ISMA cawangan Melaka dengan kerjasama PEMBINA telah menganjurkan satu lagi program khidmat masyarakat yang mana kali ini bertempat di Bukit Rambai, Melaka Tengah. Rombongan ini disertai oleh lebih kurang 40 orang petugas-petugas ISMA serta para sukarelawan lelaki dan perempuan daripada pelbagai latarbelakang, antaranya golongan mahasiswa dan berkerjaya.

Jelajah Khidmat Masyarakat Melaka Tengah - 024

Setelah berkumpul di Masjid Tanjung Minyak seawal 8.30 pagi, rombongan khidmat masyarakat diberikan sedikit taklimat oleh pelaksana program, Saudara Aizam dan dipecahkan kepada dua pasukan untuk terus dihantar bertugas ke dua buah rumah pada masa yang serentak, iaitu lebih kurang jam 9.20pagi. Dua pasukan tersebut diketuai oleh Saudara Muhammad Aizat dan Saudara Haris. Selain daripada beramah mesra bersama tuan rumah, mengemas rumah dan mengecat, pelbagai Continue reading

Iktikaf Perdana Galak Masyarakat Hidupkan 10 Malam Terakhir

BALAI PANJANG, Melaka  – 13 September 2009: Program Iktikaf Ramadhan 1430H anjuran Ikatan Muslimin (ISMA) cawangan Melaka dengan kerjasama Masjid Tambak Balai Panjang telah berlangsung dengan jayanya. Bilangan peserta seramai 30 orang telahpun hadir dengan rata-ratanya terdiri daripada ahli ISMA, PEMBINA, para sukarelawan serta masyarakat setempat.

Iktikaf 1430 - 15

Objektif program ini antara lain adalah untuk menghidupkan bulan penuh berkat, Ramadhan Al-Mubarak terutamanya pada sepuluh malam yang terakhir demi mengejar malam Al-Qadar. Ini selari dengan tema program ini iaitu “Memburu Malam Al-Qadar”. Selain itu, program ini juga menjadi Continue reading

Destinasi Kedua, Daerah Jasin Rancakkan Amal Kemasyarakatan ISMA Melaka

Merlimau, Jasin – 6 Sep 2009: Suasana hening di subuh hari 16 Ramadhan 1430 H ditemani rintikan hujan sejak pertengahan malam membasahkan jalan dan tanah. Moga dengan basahnya tanah akan membasahkan hati jua… menumbuhkan benih-benih baru yang bersemangat untuk terus memberikan khidmat…..benih-benih yang akan membesar menjadi pohon yang bakal menaungi umat..

Jelajah Khidmat Masyarakat Jasin - 100

Jelajah Khidmat Masyarakat ISMA Melaka Bergambar Bersama Penerima Sumbangan Ramadhan 1430H

Rombongan Khidmat Masyarakat ISMA Melaka dari pelbagai lokasi berlainan memecah kesunyian seawal jam 7.00 pagi menelusuri jalan menuju ke destinasi berkumpul, Masjid Merlimau Utara berhadapan Politeknik Merlimau. sebelum dipecahkan kepada 2 buah pasukan. Pasukan pertama diketuai oleh saudara Aizam bergerak ke rumah seorang nenek yang usianya hampir 80 tahun, mempunyai 8 orang anak perempuan dan sepasang kembar lelaki, tinggal di sebuah rumah yang agak dhaif ditemani seorang saudara yang kurang upaya. Manakala pasukan kedua yang diketuai oleh Cikgu Zul menuju ke rumah kecil serba dhaif yang dihuni oleh seorang pak cik yang sudah berumur bernama Pakcik Daud bersama 2 orang anak lelakinya. Hari ini, Jasin bakal menyaksikan segerombolan petugas ISMA meneruskan siri Jelajah Khidmat Masyarakat 1430H.

Hadirnya kami ke sini..Dengan cita…
Supaya menjadi ahli masyarakat yang lebih peduli..
Menjadi anggota masyarakat  yang lebih bertanggungjawab..
Menjadi anak yang lebih soleh…
Seterusnya berperanan sebagai seorang  individu yang menyumbang kearah pembangunan ummah

Alhamdulillah setibanya di rumah nenek, petugas sekarelawan ISMA Melaka mengambil kesempatan pada minit – minit yang pertama untuk beramah mesra dan bertaaruf serba sedikit terlebih dahulu sebelum terus menyingsing lengan, membanting tulang, mengerah kudrat sedayanya membantu nenek mengemas rumah dan membasuh segala perkakas yang telah lama dan usang, menerangi suasana yang sebelum ini tampak kelam, memberi sinar baru dan semangat untuk terus menempuh kehidupan mendatang.

Sekali lagi petugas dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengemas bilik, dapur, membasuh segala perkakas dan mengemas pakaian, manakala sebahagian yang lain mengecat di luar rumah. Kanak kanak kecil yang hadir tak kurang berperanan meng Continue reading

Majlis Berbuka Puasa Jalin Hubungan Mesra ISMA dan Masyarakat

PAYA RUMPUT, Melaka – 2 Sep 2009: Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh Perdana anjuran Ikatan Muslimin (ISMA) cawangan Melaka dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dan Masjid Paya Rumput berjalan dengan penuh meriah dan gilang-gemilang bertempat di Masjid Paya Rumput. Bilangan peserta yang mencecah 150 orang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat terdiri daripada ahli ISMA, PEMBINA, para sukarelawan serta masyarakat setempat. Lebih manis, program ini turut disertai ADUN Paya Rumput, YB Datuk Tahir Bin Hassan.

Iftar Perdana 1430 - 7

Objektif program ini antara lain adalah untuk menghidupkan bulan penuh berkat, Ramadhan Al-Mubarak disamping mendekati dan beramah mesra dengan masyarakat sekitar kawasan Paya Rumput. Majlis bermula seawal jam 6:30 petang dengan sedikit pameran dan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Yang DiPertua ISMA Melaka, Al-Fadhil Ustaz Ahmad Bin Zainal Abidin. Sejurus masuk waktu Solat Maghrib, para peserta dijamu dengan b Continue reading

ISMA Melaka Ajak Masyarakat Buru Malam Al-Qadr

Bachang, Melaka: Umum sudah mengetahui tentang hebat dan besarnya malam al-Qadr. Malam yang menjanjikan 1000 bulan ibadah ini menuntut umat Islam untuk terus melipat gandakan usaha mereka terutamanya dalam 10 malam terakhir di dalam bulan Ramadhan demi memastikan misi merebut nikmat al-Qadr tidak berlalu begitu sahaja. Ia menuntut untuk kita meninggalkan seketika kesibukan seharian bekerja dan belajar dan duduk bersama merenung kebesaran Ilahi.

Iktikaf 1430 ISMA Melaka

Dari Aisyah RA, katanya “Bahawasanya Nabi SAW i’tikaf pada tiap-tiap sepuluh yang akhir bulan Ramadhan” – Muslim

Justeru, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka tampil mengajak ahli masyarakat untuk turut sama memburu malam al-Qadr. ISMA Melaka menganjurkan program iktikaf 3 hari 2 malam bermula dengan majlis berbuka bersama-sama di Masjid Balai Panjang, tanggal Jumaat, 11 September 2009 bersamaan 21 Ramadhan 1430 Hijrah dan dijangka tamat sesudah Subuh berjemaah, Ahad, 13 September.

Antara aktiviti yang bakal disajikan buat peserta ialah Qiyamullail, siri tazkirah, bedah buku, tadarus al-Quran juga aktiviti berkumpulan. ISMA melaka dengan rendah hati mengajak ahli-ahlinya, belia-belia dan qariah masyarakat untuk turut sama memburu malam Al-Qadr.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Saudara Lukman al-Hakim di talian 019-2639964.  Untuk makluman, peta  lokasi masjid dilampirkan seperti di bawah:

Peta Iktikaf

Wassalam,

Disediakan oleh,
Sidang Redaksi ISMA Melaka