Posts Tagged ‘ISMA’

Cinta dan Air Mata Wanita Palestin

Di sebalik kehebatan seorang lelaki yang bergelar pejuang, pasti ada di sisinya seorang wanita sebagai pendorong dan sumber inspirasi. Begitu juga dengan As-Syahid Dr Abdul Aziz Ar-Rantisi, tokoh pimpinan HAMAS yang syahid akibat bedilan Zionis Israel.

Justeru ISMA dengan sukacitanya menjemput seluruh umat Islam, khususnya golongan wanita untuk mendengar sendiri cetusan rasa dan perkongsian pengalaman oleh Puan Rasya al-Adluni (isteri As-Syahid Ar-Rantisi) dalam program “Cinta & Air Mata Wanita Palestin”.

Maklumat lengkap program “Cinta & Air Mata Wanita Palestin” adalah seperti berikut:

* Tarikh: 25 Mac 2009 (Rabu)
* Masa: 2.30 petang
* Tempat: Dewan Majlis Perbandaran Seremban, N.Sembilan
* Anjuran: Biro Wanita ISMA & Aman Palestin

Selain Puan Rasya, program yang dibawakan bersama oleh Biro Wanita ISMA dan Aman Palestin ini turut menampilkan seorang lagi tokoh muslimah Palestin iaitu Umi Nadia Al-Ahsy, isteri kepada Dr. Musa Muhammad Abu Marzuk (Timbalan Ketua Biro Politik HAMAS).

Masuk adalah percuma. Hadirlah beramai-ramai ke program ini bagi mengambil peluang untuk menyingkap kisah suka-duka kehidupan kedua-dua tokoh muslimah Palestin di atas yang sebenarnya merupakan sebahagian daripada nadi perjuangan pembebasan tanahair Palestin. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Ustazah Norlida bt Kamaruddin (019-2757312), Ketua Wanita ISMA Negeri Sembilan.

Sumber : http://www.ISMAweb.net

Advertisements

Al-Kuliyyah TV3

Sri Pentas, TV3: Rancangan ilmiyah bersiri Al-Kuliyyah terbitan TV3 hari ini akan menyiarkan liputan dan forum khas berkenaan Isu Palestin tepat jam 5 petang hari ini, Jumaat 2 Januari 2009. Tetamu yang juga Pengerusi Ekskutif Aman Palestin merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustadz Abdullah Zaik akan membicarakan isu “Bebaskan al-Aqsa, Selamatkan Palestin”.

Diharap sidang pembaca dapat meluangkan masa menonton siri ini samada melalui online atau dari kaca televisyen demi mendapatkan info terbaru tentang keadaan saudar kita di Palestin. 

Disediakan oleh,
Sidang Editorial ISMA Melaka

Kem Remaja Muslim 2008: Misi Menawan Gunung Datuk!!

krim-2008-143

Gunung Datuk, Rembau, N.Sembilan: Segala puji bagi Allah. Tanggal 13 dan 14 Disember mencatatkan satu lagi sejarah baru bagi Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Melaka. Sehingga lebih kurang jam 10.00 pagi 13 Disember 2008, seramai 30 orang remaja lelaki dan 25 orang peserta perempuan telah mendaftarkan diri bagi Kem Remaja Muslim, anjuran KRIM Melaka bertempat di Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.

Program bermula dengan ucapan aluan serta perasmian oleh Pengarah KRIM Melaka, Saudara Mursyidi Mohamad. Mood peserta dinaikkan lagi dengan pembahagian kumpulan dan taklimat tentang kem oleh Kem Komandan, Saudara Abdul Razak Kassim. Peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang berusia semuda 9 tahun sehingga 17 tahun kemudiannya melakukan aktiviti  ice breaking dan berkenal-kenalan bagi menceriakan dan menaikkan lagi semangat  peserta yang  tampak masih diulit mood cuti sekolah yang panjang.

Setelah perut yang berbunyi diisi dan kewajipan solat ditunaikan, input peserta diisi dengan kisah pencarian kebenaran seorang sahabat nabi, Salman al-Farisi. Penyampaian bersahaja oleh Saudara Wan Najmudin, siswa MMU berjaya  membuatkan pendengar  tidak mengikut kata mata yang ingin tertutup. Bermula  jam 2.00 petang, peserta lelaki memulakan aktiviti khas di setiap checkpoint manakala peserta perempuan  “merasmikan”  air sejuk Gunung Datuk. Aktiviti yang mencakupi aktiviti seperti spider web, radio buruk dan permainan minda membuatkan peserta perlu berfikir di luar kotak dan bekerjasama sesama ahli kumpulan mereka.

Pada sebelah petang, giliran peserta perempuan pula melakukan aktiviti berkumpulan bersama fasilitator masing-masing. Hujan yang turun pada petang tersebut nyata mengecewakan peserta lelaki yang ghairah untuk melakukan aktiviti air. Namun, setelah jam menghampiri jam 6.00 petang, kem komandan memutuskan untuk meneruskan  aktiviti air. Kegembiraan jelas terpancar di wajah peserta. Air yang sudah bertukar warna tetap tampak jernih untuk dimasuki.

krim-2008-147

Kekreatifan peserta kem kali ini jelas kelihatan pada sebelah malamnya. Dengan hanya diberikan masa lebih kurang 30 minit untuk menyediakan sebuah persembahan lakonan, mereka berjaya menampilkan persembahan yang tidak mengecewakan. Peserta perempuan pula dikehendaki mempromosikan produk  yang  bercirikan Islam dan pastinya berguna untuk umat. Mereka berjaya menampilkan persembahan yang begitu bersemangat dengan pelbagai gaya yang menghiburkan kerana pengasingan tempat persembahan dengan peserta lelaki. Gelagat wartawan, anak derhaka dan Continue reading