Posts Tagged ‘KERIS 2009’

KERIS 2009 Gamit Kenangan Indah.

Durian Tunggal, Melaka – 4-6 Disember 2009: Bermula jam 6.00 petang, peserta mula hadir mendaftar bersama penjaga masing-masing. Seperti biasa, peserta kelihatan tertanya-tanya dan kekok bersama suasana dan teman baru. Mungkin persoalan apakah yang akan berlaku selama aku di KERIS 2009 ini bermain di benak fikiran peserta. Setelah solat maghrib, solat isyak dan makan malam, taklimat tentang KRIM dan peraturan kem disampaikan. Penyampaian bersahaja oleh Kem Komandan, saudara Sulaiman menceriakan suasana yang tadinya suram dan kaku. Ditambah dengan aktiviti ice breaking dan taaruf, peserta mula membuka mulut dan melemparkan senyuman.

Satu kelainan daripada rutin biasa, peserta dikejutkan seawal jam 4.30 pagi untuk berqiamullail. Jam 5.00 pagi bersama angin yang senantiasa mendinginkan, peserta tenang menghadap Allah yang Esa. Mungkin pengalaman baru bagi mereka. Setelah solat Subuh, satu tazkirah ringkas tetapi padat disampaikan oleh saudara Rauf bertemakan “Mengenali Ilahi Unggul Peribadi”. Mengambil pengajaran daripada Surah Al-Asr, pengisian penuh bermakna jika dihayati isinya.

Kemudian, peserta disegarkan dengan satu bentuk riadah baru. Mereka dikehendaki melukis sebuah lukisan menggunakan bahan-bahan yang telah mati. Dengan kekreatifan mereka, pelbagai rupa lukisan berjaya dihasilkan dalam masa yang ditetapkan. Aktiviti outdoor pertama yang dinantikan iaitu Continue reading

Jom ke KERIS 09!!

KERIS 09

Sg. Udang, Melaka: Cuti sekolah yang bakal menjelang tiba lewat hujung minggu ini pastinya suatu yang dinantikan oleh para pelajar pelbagai peringkat umur. Kelab Remaja ISMA (KRIM) juga turut teruja untuk bersama meraikan ketibaan cuti panjang dengan variasi aktiviti yang menarik.

KERIS 09 atau Kem Eksplorasi Remaja Islam yang menyasarkan penyertaan pelajar menengah tinggi  Tingkatan 1-4 bakal diadakan tanggal 4 hingga 6 Disember bertempat di Kem RSG, Anjung Tasik, Durian Tunggal. Antara aktiviti yang dirancang adalah melibatkan para remaja dengan aktiviti kemasyarakatan dalam rangka menerapkan sensitiviti sayang komuniti setempat, aktiviti lasak seperti war games, aktiviti berkumpulan dan sebagainya.

KERIS antara lain juga menampilkan kelainan berbanding program cuti sekolah yang lain dengan menyemai rasa kehambaan dalam aktiviti kerohanian, qiyamullail, tazkirah dan  lain-lain.

Justeru, KRIM menyeru ibu dan bapa yang berminat untuk tidak melepaskan peluang dan berlengah untuk mendaftarkan anak mereka dalam KERIS 09. Kepada yang berminat, bolehlah menghubungi urusetia seperti di bawah:

Cikgu Razak   : 019-6225284
Bro Mursyidi : 013-2070696
Sis. Amalia     : 013-2668701

Apa lagi? Jom KERIS!!

Wassalam,
Urusetia KERIS 2009