Posts Tagged ‘NAZIM’

‘IT Camp for Kids’ Cetus Kreativiti

Ayer Keroh, 8 Disember 2009 – Bagi memanfaatkan cuti sekolah yang panjang, Nadi Asybal wa Zahrawat (NAZIM) ISMA Melaka dengan kerjasama Little Caliphs Tadika al Fateh telah menganjurkan ‘IT Camp for Kids (Part 1)’ bertempat di  Taman Tasik Utama, Ayer Keroh. Program sehari yang julung-julung kalinya diadakan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta sekolah rendah di sekitar Melaka.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

(Hadith Sahih riwayat Bukhari)

Anak merupakan amanah Allah kepada ibubapa, mereka umpama sebutir permata yang belum digilap. Justeru itu, ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Didalam membentuk keperibadiannya, anak–anak perlu dibesarkan dengan nilai keperibadian Islam sebagai Khalifah Allah. Dari itu, program yang telah dianjurkan oleh NAZIM (Nadi Asybal wa Zahrawat ) ISMA Melaka khusus buat adik – adik peringkat rendah adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian mereka sesuai seperti yang digariskan Islam selain membekalkan mereka dengan ilmu pengetahuan yang mereka perlukan. Program berbentuk indoor ini telah mendapat sambutan yang begitu mengalakkan sehingga penyertaan terpaksa ditutup sebelum tarikh program.

NAZIM IT CAMP I - 12

Program sehari ini bermula seawal jam 8.00 pagi dimana peserta mendaftarkan diri sebelum mendengar taklimat dan motivasi pagi yang disampaikan oleh Puan Lailayati selaku Pengarah Program. Slot ini telah membuka mata dan mengetuk hati para peserta dengan tayangan video yang mengisahkan perbandingan antara keselesaan hidup yang dikecapi oleh kanak-kanak di Malaysia dengan kesempitan hidup kanak-kanak di negara mundur dan mengalami peperangan. Di akhir tayangan, rata-rata peserta menyatakan bahawa kita perlu bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah yang tidak dapat dirasai oleh semua orang.

Program diteruskan dengan slot ‘Pengenalan kepada Komponen Komputer dan Microsoft Words 2007’ yang disampaikan oleh Continue reading

NAZIM Melaka Pupuk Generasi Celik IT

MITC, Ayer Keroh: Nadi Asybal wa Zahrawat ISMA Melaka atau ringkasnya NAZIM turut tidak ketinggalan memanfaatkan cuti sekolah yang berbaki. Jika abang-abang di Tingkatan Menengah disajikan dengan program KERIS 2009 dan juga KLS, NAZIM yang diwujudkan untuk memperkasa pendidikan rendah juga berkongsi aspirasi yang sama memandang lebih jauh dengan penganjuran IT Camp For Kids. 

Projek Bahagian Satu anjuran bersama Tadika al-Fateh antara lainnya bertujuan melahirkan generasi muda celik komputer di samping memberikan didikan awal tentang kaedah penggunaan medium massa elektronik secara berkesan dan berhemah. Tidak dinafikan, Gen-Z yang membesar dalam suasana arus IT harus diseimbangkan dengan keperluan akhirat. 

Diantara perisian yang bakal diajar adalah Microsoft Word, Powerpoint dan juga sedikit asas menulis blog. Peserta juga akan berpeluang melihat dan menguji kebolehan menyediakan masakan ala barbeku disamping pengurusan solat harian yang dilakukan secara berjemaah. Butiran program secara lanjut adalah seperti dibawah. 

Hari : Selasa
Tarikh : 8 Disember 2009
Masa : 8.00am-6.00pm
Tempat : Tadika al Fateh, Tmn. Tasik Utama, Ayer Keroh

Sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi:

  • Pn. Lailayati | 013-6001723
  • Pn. Nabihah | 019-3801920

Pamplet pendaftaran boleh dimuat turun di sini.

Wassalam,
ISMAmelaka.com

Kem Simba dan Jasmin ISMA Melaka

Pendidikan anak-anak adalah satu amanah yang perlu dijaga. Mengabaikannya merupakan khianat dan dosa. Ibu bapa, jiran, guru, rakan sebaya adalah institusi yang banyak mempengaruhi sahsiah anak-anak. Anak-anak yang soleh dan solehah menjadi impian setiap ibu bapa. Justeru, pendidikan anak-anak perlulah berjalan seiring dengan pembentukan peribadinya. Biro wanita dan keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengambil inisiatif menyahut cabaran ini. Kita ingin melihat anak-anak lelaki kita tegas, berani, cerdik dan cergas seperti seekor anak singa. Kita juga mengimpikan puteri-puteri kita lemah lembut tetapi bijak, penuh dengan sifat-sifat kewanitaan tetapi berani dan cergas seperti bunga jasmin yang mewangi di seluruh taman.

Kepada para ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia di antara 7 hingga 13 tahun, ayuh jangan lepaskan peluang mendaftar sebelum 30 Mei 2009. Tempat adalah terhad!

Sila hubungi Puan Lailayati (013-600 1723) atau Puan Asmizana (017-252 5220) untuk makluamt lanjut.

Muat Turun Pamplet Kem Simba dan Jasmin ISMA Melaka

Wassalam,
Biro Wanita dan Keluarga,
ISMA Melaka.

NAZIM Anjur Aktiviti Origami !

heart-origami

Pejabat ISMA Melaka, Durian Tunggal: Dengan izin Allah, ISMA Melaka akan menganjurkan program untuk adik-adik kecil tangal hujung minggu ini. Program yang selain mengisi masa lapang juga bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama anak-anak kecil. Makluman lanjut seperti di bawah:

Hari          : Sabtu
Tarikh     : 18 April 2009
Masa         : 3:00 – 6:00 petang
Tempat   : Pejabat ISMA Melaka
Aktiviti   : Pertandingan Melukis Logo & Origami

Kepada para ibu, dijemput membawa anak-anak masing masing keprogram ini. Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila berhubung dengan Saudari Yati di talian 013-6001723.

Wassalam,
ISMAmelaka.com

NAZIM Melaka manfaat cuti hujung minggu

22 Januari 2009. Nadi Asybal Wal Zahrawat ISMA Melaka (NAZIM), telah mengadakan satu lagi aktiviti yang bermanfaat kepada anak-anak ISMA Melaka. Taman Botanikal, Ayer Keroh, sekali lagi telah menjadi tumpuan.

1

Kesemua peserta telah berkumpul seawal jam 8.30 pagi. Tepat pada jam 9.00 pagi sebuah Ria dan sebuah Unser  yang memuatkan  12 mujahid  dan mujahidah berangkat meninggalkan pejabat ISMA  Melaka menuju  ke destinasi yang dirancang. Penyertaan agak kurang kerana bertembong dengan cuti panjang  Tahun   Baru Cina.

2

Aktiviti dimulakan dengan rengangan badan  bagi memanaskan badan.”Minta maaf abang-abang, minta maaf kakak, saya nak picit  badan.”.  Menikmati keindahan fauna dan flora menanti selepas itu. Perjalanan menyusuri denai simen mengambil masa selama 30 minit.Begitu indah ciptaan Allah. Dari sebesar-besar pokok hinggalah sekecil-kecil  binatang dijumpai. Penat juga melayan pelbagai soalan yang diutarakan oleh anak-anak kecil ini.  Di hujung perjalanan menanti  pelbagai  jenis replika binatang purba. Panjat jangan tak panjat. 

3

Aktiviti mendirikan khemah telah memupuk semangat setiakawan dan bantu membantu. Seperti biasa anak-anak lelaki telah mendahului sebagai khemah pertama yang berjaya didirikan.

4

Program  kali ini diakhiri dengan makan tengahari bertempat di Pejabat ISMA Melaka. Nasi  berlaukkan ayam menjadi menu utama. 

 

Disediakan oleh

Cikgu Zulkiplee,
NAZIM Melaka