Posts Tagged ‘Qiyamullail’

ISMAmelaka Ajak Masyarakat Bina Generasi Dakwah dalam MABIT IV

mabit-4

Surau An-Najihin, Taman Merdeka Jaya: ISMAmelaka dalam rangkanya membumikan fikrah Islam yang syumul ini ke dalam masyarakat akan menganjurkan program Qiaymullail hujung minggu ini. Kali ini, program yang lebih dikenali dengan singkatannya MABIT akan dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Merdeka Jaya serta Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Melaka.  Siri program membimbing masyarakat, Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) yang masuk Siri ke-4 hujung minggu ini, akan bermula seawal jam 10 malam hari Sabtu, 25 April 2009 sehingga ke awal pagi Ahad, 26 April 2009.

MABIT antara lainnya mengajak ummah ini untuk siap siaga kembali kepada praktis Islami dalam kehidupan seharian. Tentatif secara ringkasnya adalah seperti berikut:

09:30 pm: Mula berkumpul
10:00 pm: Pengisian I
                         Tidur
4:30 am: Bangun Qiyamullail
6:00 am: Subuh berjemaah
                       Kuliah Subuh
8:00 am: Riadah

Kepada para penduduk setempat khususnya dan seluruh kaum muslimin amnya, ayuh kita ramaikan. Dilampirkan peta ke Surau An-Najihin.

peta-ke-surau-an-najihin

Jom!! Kita jumpa di MABIT!

Disediakan oleh,
Sidang Redaksi ISMAmelaka.com

Advertisements

MABIT III datang lagi – Mari Memimpin Dengan Qudwah

mabit-3

Surau Kg. Lapan, Kesidang: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka dengan kerjasama Persatuan Belia ISLAM Nasional (PEMBINA) Melaka serta Persatuan Penduduk Kg. Lapan untuk menganjurkan siri Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) yang masuk Siri ke-3 hujung minggu ini, bermula jam 10 malam hari Sabtu, 28 Mac 2009 sehingga ke awal pagi Ahad, 29 Mac 2009.

MABIT kali ini menampilkan tentatif yang agak istimewa dengan ianya akan melibatkan sessi gotong royong bersama masyarakat setempat. Tentatif secara ringkasnya adalah seperti berikut:

09:00 pm: Mula berkumpul
10:00 pm: Pengisian I
Tidur
4:30 am: Bangun Qiyamullail
6:05 am: Subuh berjemaah
Kuliah Subuh
8:00 am: Gotong Royong dan Riadah

Kepada belia, masyarakat setempat, pakcik dan abang, ayuh kita ramaikan. Dilampirkan peta ke Surau Kg. Lapan.

surau-taman-kesidangJom!! Kita jumpa di MABIT!

Disediakan oleh,
Sidang Redaksi ISMAmelaka

Jom ke MABIT !!

mabit-11

Surau An-Najihin, Taman Merdeka Jaya: Buat julung kalinya, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka akan menganjurkan Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) hujung minggu ini, bermula Maghrib hari Sabtu, 24 Januari 2009 sehingga ke awal pagi Ahad, 25 Januari 2009.

MABIT merupakan antara usaha murni ISMA Melaka untuk mengajak ummah ini kembali kepada praktis Islami dalam kehidupan seharian. MABIT kali ini menampilkan tentatif yang agak istimewa dengan dimulai slot untuk Palestin. Tentatif secara ringkasnya adalah seperti berikut:

7:30 pm: Maghrib berjemaah
8:00 pm: “Selamatkan Gaza” oleh Perunding Aman Palestin
Isya’ berjemaah
Tazkirah ringkas
Tidur
4:30 am: Bangun Qiyamullail
6:05 am: Subuh berjemaah
Kuliah Subuh
8:00 am: Riadah di Padang Taman Merdeka Jaya

Slot ceramah Aman Palestin dibuka kepada seluruh umat Islam, muslimin dan juga muslimat bagi mendapatkan informasi terkini tentang perang HAMAS-Israel di Gaza. Justeru, seluruh umat Islam terutamanya penduduk Melaka diseru untuk meramaikan majlis. Sumbangan dan derma ikhlas juga amat dialu-alukan.

Jom!! Kita jumpa di MABIT!

Disediakan oleh,
Sidang Redaksi ISMA Melaka