Posts Tagged ‘Remaja Muslim’

KERIS 2009 Gamit Kenangan Indah.

Durian Tunggal, Melaka – 4-6 Disember 2009: Bermula jam 6.00 petang, peserta mula hadir mendaftar bersama penjaga masing-masing. Seperti biasa, peserta kelihatan tertanya-tanya dan kekok bersama suasana dan teman baru. Mungkin persoalan apakah yang akan berlaku selama aku di KERIS 2009 ini bermain di benak fikiran peserta. Setelah solat maghrib, solat isyak dan makan malam, taklimat tentang KRIM dan peraturan kem disampaikan. Penyampaian bersahaja oleh Kem Komandan, saudara Sulaiman menceriakan suasana yang tadinya suram dan kaku. Ditambah dengan aktiviti ice breaking dan taaruf, peserta mula membuka mulut dan melemparkan senyuman.

Satu kelainan daripada rutin biasa, peserta dikejutkan seawal jam 4.30 pagi untuk berqiamullail. Jam 5.00 pagi bersama angin yang senantiasa mendinginkan, peserta tenang menghadap Allah yang Esa. Mungkin pengalaman baru bagi mereka. Setelah solat Subuh, satu tazkirah ringkas tetapi padat disampaikan oleh saudara Rauf bertemakan “Mengenali Ilahi Unggul Peribadi”. Mengambil pengajaran daripada Surah Al-Asr, pengisian penuh bermakna jika dihayati isinya.

Kemudian, peserta disegarkan dengan satu bentuk riadah baru. Mereka dikehendaki melukis sebuah lukisan menggunakan bahan-bahan yang telah mati. Dengan kekreatifan mereka, pelbagai rupa lukisan berjaya dihasilkan dalam masa yang ditetapkan. Aktiviti outdoor pertama yang dinantikan iaitu Continue reading

Advertisements