Posts Tagged ‘Seminar Keluarga’

Siri Seminar Kekeluargaan buka lembaran baru.

Pejabat ISMA Melaka, Durian Tunggal: Segala Puji bagi Allah, Biro Wanita ISMA Melaka berjaya menganjurkan Siri ke-2 Parenting Skill yang bertajuk Adaptasi Biologi Wanita Dalam Rumahtangga. Berbezanya siri kali ini adalah kerana penyertaannya dibuka kepada masyarakat luar dan tidak terhad kepada ahli ISMA sahaja. Alhamdulillah, seminar Parenting Skill anjuran ISMA Melaka ini menerima lebih dari 60 penyertaan hingga pendaftaran terpaksa ditutup di saat-saat akhir kerana bimbang menimbulkan ketidakselesaan kiranya terlalu ramai peserta.

seminar-wanita-53

Program dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengerusi majlis ‘teacher‘ Affiza dan bacaan quran dari saudara Mursyidi menyentuh mengenai nasihat Luqman kepada anaknya. Seterusnya montaj program ditayangkan diikuti dengan ceramah utama mengenai¬† adaptasi biologi wanita dan rumahtangga. Siri kali ini membawakan Dr Norizam Hj Alias, Pakar Psikiatari dari Hospital Tunku Jaafar Seremban. Penyampaian berkisar mengenai ren Continue reading

Advertisements

Wanita ISMA Melaka anjur Seminar Biologi Wanita 2

ISMA Melaka, Durian Tunggal: Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka akan menganjurkan seminar kekeluargaan siri kedua dengan tajuk “Adaptasi Biologi Wanita dan Rumahtangga”. Seminar ini terbuka kepada semua golongan tidak kira bujang mahupun sudah berkahwin, samada yang menunggu kelahiran anak pertama mahupun yang sudah beranak sembilan, tidak kira lelaki dan juga perempuan.

wanita-biologi_1

Kursus kekeluargaan seperti ini dilihat amat penting dalam proses membina kefahaman hakiki tentang pembinaan keluarga mithali. Sentuhan dari segenap aspek bakal disajikan oleh penceramah pakar yang Continue reading